Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 September, 2010

Penduduk Gayau Pantu jayakan gotong-royong sekolah


Caption: CEPAT CEPAT KEJA KEJA!!Joseph (berdiri kanan) ketika memantau kerja gotong-royong mengubahsuai Dewan Serbaguna SK Saint Leo Gayau, Pantu baru-baru ini.


PANTU, Sabtu (18 Sept) – Seramai 60 orang penduduk dan kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Saint Leo Gayau, Pantu mengambil bahagian dalam projek gotong-royong membersihkan kawasan sekolah di situ baru-baru ini.

Guru Besar SK Saint Leo Gayau, Joseph Sayang ketika ditemui memberitahu projek gotong-royong yang melibatkan ibubapa murid dari sekitar kawasan Gayau, Pantu ini merupakan acara tetap sekolah pada setiap tahun.

“Sememangnya menjadi tanggungjawab automatik bagi setiap ahli Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Saint Leo Gayau Pantu untuk turun padang membantu pihak kita membersihkan kawasan sekolah pada setiap tahun.

“Sumbangan mereka akan diharap agar dapat membantu menceriakan lagi keadaan sekolah dan seterusnya membantu mewujudkan keadaan pembelajaran yang lebih konduksif dikalangan murid-murid selepas ini,” katanya.

Selain itu pihak sekolah dengan kerjasama ibubapa kata Joseph juga turut bekerjasama mengubahsuai dewan serbaguna sekolah berkenaan bagi tujuan penganjuran majlis makan malam pada 2 Oktober ini nanti.

Dewan serbaguna SK Saint Leo Gayau sebelum ini katanya mempunyai ukuran panjang sebanyak 60 kaki dengan lebar sepanjang 30 kaki sebelum panjangnya ditambah kepada 80 kaki.

“Bahan binaan seperti simen, batu dan pasir untuk tujuan ini telah diperuntukan oleh pihak Jabatan Pelajaran Daerah Sri Aman. Dengan adanya ukuran saiz yang baru ini maka pihak sekolah dan PIBG akan dapat menganjurkan majlis makan malam kelak dengan lebih selesa,” menurut beliau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment