Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 September, 2010

Penduduk Blassau, Debak minta kerja bina jalan dipercepat


Caption: PERLU PERHATIAN...Laluan jalan belum berturap di Blassau perlu diselesaikan dengan segera oleh kerajaan selepas ini. (pilih mana pic yang sesuai)


DEBAK, Khamis (23 sept) - Penduduk dari tiga buah rumah panjang di kawasan Blassau, Debak berharap agar kerajaan mempercepatkan kerja pembinaan jalan raya berturap di situ selepas ini.

Penduduk dari tiga buah rumah panjang yang ingin menikmati keselesaan secepat mungkin hasil perlaksanaan projek jalan raya berturap di Blassau adalah Rumah Snap, Sabar Asal Debak, Rumah Unja, Sabar Debak dan Rumah Ngelingkong Blassau Debak.

Seorang penduduk yang enggan namanya dikenali memberitahu musim hujan lebat pada masa sekarang menyebabkan jalan belum berturap ini menjadi becak serta berlumpur sekaligus menyukarkan pergerakkan penduduk kawasan Blassau berkenaan.

“Projek pembinaan jalan raya yang bakal menghubungkan tiga buah rumah panjang dan Sekolah Kebangsaan Saint Barnabas Blassau, Debak telah mula dibina pada tahun 2008 yang lalu.

“Bagaimanapun sebahagian daripada laluan jalan ini masih belum siap. Akibatnya ialah kawasan jalan menjadi becak dan berlumpur ketika musim hujan sehingga menyusahkan pergerakan kami di sini,” menurut penduduk terbabit.

Penduduk terbabit juga memberitahu jalan sepanjang empat kilometer ini sukar untuk dilalui oleh kenderaan disebabkan oleh laluan yang licin dan berlubang apabila musim hujan pada masa sekarang.

Justeru tindakan kerajaan mempercepatkan kerja pembinaan jalan raya berturap di kawasan Blassau, Debak akan dapat memudahkan pergerakan penduduk termasuk para guru yang bekerja di sekolah rendah berkenaan.

“Selain itu kami juga memohon daripada pihak kerajaan untuk mempercepatkan kerja penyambungan bekalan elektrik dan air bersih kepada penduduk dari tiga buah rumah panjang di sini.

“Kami yakin kerajaan dapat melaksanakan kerja ini secepat yang mungkin. Penduduk kawasan Blassau akan terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana hanya mereka yang boleh menunaikan impian penduduk,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment