Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 September, 2010

Pejabat Residen Sri Aman juara Gerai Raya Terbaik


Caption: TAHNIAH...Harden (kiri) menyampaikan hadiah kepada wakil Pejabat Residen Sri Aman ketika berlangsungnya majlis itu sambil disaksikan oleh Shamshuddin (tengah), Felicia (kanan) dan Bujang (kiri).


SRI AMAN, Isnin (20 Sept) – Pejabat Residen Bahagian Sri Aman muncul juara Pertandingan Gerai Raya Terbaik yang diadakan bersempena dengan Program Berambeh Hari Raya Bersama Pemimpin 2010 bertempat di Dewan Suarah Sri Aman hari ini.

Pejabat Residen Bahagian Sri Aman muncul juara setelah pihak juri berpuashati terhadap seni kreativiti, juadah makanan, rekabentuk gerai, kekemasan yang dipamerkan oleh pihak berkenaan.

Oleh yang demikian Pejabat Residen Bahagian Sri Aman telah meraih hadiah wang bernilai RM500 yang disampaikan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis pada program itu.

Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan Lingga dengan gabungan Persatuan Ibu Tunggal Sri Aman pula telah meraih hadiah wang sebanyak RM300 setelah menduduki tempat kedua dalam pertandingan berkenaan.

Manakala Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) atau RaSA FM Sri Aman telah memperoleh hadiah wang bernilai RM200 setelah meraih kedudukan tempat ketiga dalam pertandingan terbabit.

Terdahulu sejumlah 10 buah jabatan kerajaan, parti politik dan persatuan telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Gerai Raya Terbaik sempena program berkenaan bermula jam 8 pagi hari ini.

Antaranya ialah Pejabat Residen Sri Aman, Pejabat Daerah Sri Aman, Pergerakan Wanita PBB Lingga, PPWS dengan gabungan SIDS Sri Aman, gabungan Jabatan Agama Islam dan masjid dari kawasan Sri Aman, Jabatan Pertanian Sri Aman, Jabatan Penerangan Sri Aman, RTM Sri Aman, Pejabat Perpaduan dan Integrasi Nasional Sri Aman serta Jabatan Kemajuan Masyarakat Sri Aman.

Hadir sama ialah Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji dan timbalannya, Felicia Tan, Pegawai Daerah Sri Aman, Bujang Haji Mudin, Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Walter Lamat Kiyai, para ketua kaum dan kakitangan jabatan kerajaan di sini.

Dianggarkan seramai 700 orang kakitangan kerajaan dan penduduk hadir bagi sama-sama memeriahkan suasana penganjuran Program Berambeh Hari Raya Bersama Pemimpin 2010 bertempat di Dewan Suarah Sri Aman hari ini.

Tamat.

a

No comments:

Post a Comment