Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 September, 2010

Pejabat D.O Sri Aman anjur ramah tamah raya 30 Sept ini


Mugshot: SHAMSIAH DELI


SRI AMAN, Khamis (23 Sept) – Pejabat Daerah Sri Aman akan menganjurkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2010 bertempat di perkarangan pejabat berkenaan pada 30 September ini nanti.

Pegawai Seranta Pejabat Daerah Sri Aman, Shamsiah Deli ketika dihubungi memberitahu Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2010 ini akan berlangsung di situ bermula pada jam 8 malam.

“Majlis Ramah Tamah Aidilfitri kali ini merupakan yang ke-4 dianjurkan oleh Pejabat Daerah Sri Aman bersempena dengan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri di Sri Aman.

“Objektif utamanya ialah untuk menjayakan perlaksanaan konsep Gagasan 1Malaysia dikalangan kakitangan Pejabat Daerah Sri Aman yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama,” menurut beliau.

Selain itu penganjuran Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2010 ini kata Shamshiah juga secara tidak langsung akan mewujudkan hubungan kerjasama yang lebih erat dikalangan kakitangan Pejabat Daerah Sri Aman dari masa ke semasa.

Hubungan kerjasama yang erat dikalangan mereka ini kata beliau secara tidak langsung akan dapat dijadikan sebagai satu budaya dalam organisasi pentadbiran Pejabat Daerah Sri Aman.

“Ia sekaligus juga dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada penduduk dalam Bandar Sri Aman oleh pihak kakitangan Pejabat Daerah Sri Aman sekiranya budaya ini diamalkan,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment