Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 September, 2010

PBB Engkilili sedia bantu SUPP Engkilili


Caption: TAHNIAH....Uggah menyampaikan hadiah kepada pasukan RELA Skrang yang muncul juara dalam pertandingan Futsal dalam majlis itu. Turut disaksikan (Dari kiri) Dr Rayong, Nyalau dan Lawson Chuat.


ENGKILILI, Isnin (20 Sept) - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan Engkilili akan memberi sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri ini nanti.

Ketua PBB cawangan Engkilili, Dato Sri Douglas Uggah anak Embas berkata beliau telah mengarahkan semua ahli PBB cawangan ini untuk memberikan sokongan padu kepada calon BN yang bakal bertanding di kerusi DUN N.28 Engkilili pada pilihan raya negeri kelak.

“Tujuan utamanya adalah untuk mempastikan BN menang dengan majoriti yang banyak pada pilihan raya negeri yang dijangka berlangsung dalam sedikit masa lagi,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Pertandingan Futsal N.28 Engkilili anjuran Pergerakan Pemuda PBB N.28 Engkilili di Balai Raya Skim Skrang baru-baru ini.

Beliau yang merangkap Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar memberitahu bahawa pihaknya tetap akan bekerjasama dengan Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progersif Demokratik Parti (SPDP) walaupun kerusi DUN Engkilili merupakan milik SUPP dan bukannya milik PBB.

“Inilah yang dinamakan sebagai semangat kerjasama. Justeru saya selaku ketua cawangan ini telah mengarahkan ahli-ahli PBB di kawasan ini agar turun padang untuk menyedarkan rakyat tentang feadah menyokong BN,” katanya.

Uggah menerusi majlis berkenaan kemudiannya menyampaikan hadiah kepada pasukan RELA Skrang yang muncul sebagai juara Pertandingan Futsal N.29 Engkilili sambil diikuti oleh pasukan Pemuda PBB Batang Ai dan Aur Bangat yang muncul sebagai pemenang tempat kedua dan ketiga pada pertandingan itu.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Robert Lawson Chuat, ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa dan kakitangan jabatan kerajaan yang lain.

Terdahulu ADUN Engkilili yang merupakan pro BN iaitu Dr Johnical Rayong Ngipa bakal mengibarkan bendera BN atas tiket SUPP pada pilihan raya negeri kali ini.

Rayong bakal ditentang Ketua Pergerakan Wanita PKR Lubok Antu iaitu Angela anak Jabeng yang merupakan isteri kepada Beginda Minda. Beginda yang berasal dari Kapit pernah bertanding di kawasan Engkilili atas tiket PKR pada pilihan raya negeri 2001 namun tewas di tangan Toh Heng San.


Tamat

No comments:

Post a Comment