Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

25 September, 2010

Pertandingan Futsal 1Belia 1Malaysia 2 - 3 Oktober di Sri Aman

Mugshot: MARK LEROY ANTHONY

SRI AMAN, Jumaat (24 Sept) – Tiga Pertandingan Futsal 1Belia 1Malaysia 2010 Peringkat Parlimen P.202 Sri Aman akan berlangsung secara serentak dalam tiga kawasan Dewan Undangan Negeri di sini bermula 2 hingga 3 Oktober depan.

Pertandingan Futsal 1Belia 1Malaysia 2010 Peringkat Parlimen P.202 Sri Aman anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman ini akan berlangsung di kawasan Batu Lintang, Lachau dan Balai Ringin bermula dari jam 7 pagi hingga 6 petang.

Jurucakap Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman, Mark Leeroy Anthony ketika dihubungi memberitahu Pertandingan Futsal 1Belia 1Malaysia 2010 Peringkat Parlimen P.202 Sri Aman ini terbahagi kepada tiga zon iaitu Zon Simanggang, Zon Bukit Begunan dan Zon Balai Ringin.

“Pertandingan bagi Zon C Simanggang berlangsung di Gelanggang Sukan Pelbagai Guna, perkarangan Balai Polis Batu Lintang Undop, Sri Aman manakala Zon B Bukit Begunan pula berlangsung di Gelanggang Sukan Pelbagai Guna, Tr Lindang, Kampung Lachau Ili.

Pertandingan bagi Zon A Balai Ringin menurut Mark pula akan berlangsung di Gelanggang Sukan Pelbagai Guna, Kampung Abit, Balai Ringin.

Pasukan juara bagi setiap zon dalam Pertandingan Futsal 1Belia 1Malaysia 2010 Peringkat Parlimen P.202 Sri Aman ini akan memperoleh hadiah wang tunai bernilai RM500, piala dan pingat.

“Pasukan yang memperoleh naib juara pula akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM300 dan pingat manakala pasukan pemenang tempat ke-3 akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200 serta pingat.

“Justeru mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan ini harus mendapatkan borang dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman dan dikembalikan semula kepada pihak kita dengan yuran penyertaan sebanyak RM50 pada 30 September ini,” katanya.

Mark juga menambah bahawa pemain terpilih atau terbaik akan dipilih untuk mewakili Parlimen Sri Aman ke Pertandingan Futsal 1Belia 1Malaysia 2010 Peringkat Kebangsaan di Putrajaya pada bulan Disember ini nanti.

Pertandingan akhir Pertandingan Futsal 1Belia 1Malaysia 2010 Peringkat Parlimen P.202 Sri Aman akan berlangsung di Lachau pada 9 Oktober.

Tamat.

No comments:

Post a Comment