Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 September, 2010

MAKSAK dan Chee Chuan Khor sumbang hamper kepada pesakit Hospital Sri Aman


Caption: UNTUK KENANGAN...Harden (tengah) sambil diapit oleh Shamshuddin (kanan) dan Felicia (kiri) serta rombongan pegawai kerajaan yang lain sebelum bermulanya majlis itu.

SRI AMAN, Isnin (20 Sept) – Persatuan Chee Chuan Khor Simanggang dengan kerjasama MAKSAK Bahagian Sri Aman telah menyampaikan sumbangan berupa hamper makanan kepada 46 orang pesakit di Hospital Bahagian Sri Aman hari ini.

Majlis penyampaian hamper yang bermula pada jam 3 petang hari ini telah disempurnakan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis bermula dari wad Bunga Melor 1, Hospital Bahagian Sri Aman.

Turut mengiringi beliau untuk menyampaikan hamper ini ialah Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji dan timbalannya, Felicia Tan, Pengerusi Chee Chuan Khor Simanggang, Kapitan Kuek Aik Seng, para pegawai kerajaan dan ahli persatuan terbabit.

Kuek ketika ditemui berkata penyampaian hamper kepada 46 orang pesakit di Hospital Bahagian Sri Aman terbabit diadakan bersempena dengan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

“Pihak kita mengambil kesempatan ini dengan melakukan amal kebajikan terhadap semua golongan rakyat yang amat memerlukan keprihatinan daripada seluruh lapisan rakyat normal dalam daerah ini.

“Justeru diharap agar sumbangan berupa barangan makanan ini akan dapat menceriakan hati para penerima yang sedang menjalani rawatan di Hospital Bahagian Sri Aman pada masa sekarang,” katanya.

Selain itu beliau juga menyeru pembabitan lebih ramai golongan belia dalam menyemarakkan lagi rasa tanggungjawab kebajikan terhadap rakyat dalam daerah Sri Aman selepas ini.

“Pihak kita juga aktif turun padang dalam melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan kepada rakyat di daerah ini. Bagaimanapun pembabitan golongan belia juga penting agar mereka mempunyai rasa tanggungjawab yang lebih tinggi dalam diri masing-masing pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu Harden dan rombongan telah meluangkan masa selama satu jam untuk menyampaikan hamper kepada pesakit sambil beramah mesra dengan mereka di Hospital Sri Aman berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment