Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 September, 2010

Lihat sumbangan BN - Abah


Caption: PENGHARGAAN...Abah (tengah) ketika menerima cenderamata daripada Edwin (kiri) sambil disaksikan oleh Philip pada majlis berkenaan.


PANTU, Selasa (7 Sept) – Penduduk dari kawasan daerah kecil Pantu, Sri Aman dinasihat untuk meneliti segala projek pembangunan yang sedang giat dilaksanakan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.

Abah Unggie iaitu Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat berkata penduduk harus meneliti kesemua projek pembangunan yang sedang BN laksanakan untuk mereka sebelum mereka bertindak menyokong pembangkang pada pilihan raya negeri akan datang.

“Pelbagai projek pembangunan kini sedang giat dilaksanakan di kawasan Pantu antaranya ialah pembinaan Jambatan Sungai Batang Strap, penyediaan Bekalan Elektrik Luar Bandar dan banyak lagi.

“Kesemua projek ini dilaksanakan untuk penduduk Pantu kerana bertindak memastikan kemenangan BN di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balai Ringin pada pilihan raya negeri 2006. Projek ini mungkin tidak akan ada jika pembangkang menang di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili ADUN Balai Ringin, Snowdan Donald Lawan untuk merasmikan Majlis Merarau dan Amal Kebajikan 2010 bertempat di Dewan Gereja Saint Stephen, Pantu pada hari Sabtu lepas.

Selain itu Abah juga meminta penduduk kurang berkemampuan dari kawasan Pantu untuk berkunjung ke Pusat Khidmat Parti Rakyat Sarawak (PRS) di Bandar Sri Aman sekiranya mereka belum mendaftarkan diri masing-masing dalam sistem e-kasih.

Tindakan ini penting agar kerajaan dapat mengenalpasti mana-mana penduduk berkelayakan untuk menerima bantuan kebajikan yang sewajarnya daripada mereka selepas ini.

“Dalam perkara ini Tuai Rumah memainkan peranan amat penting dalam mengenalpasti penduduk miskin di bawah pentadbiran masing-masing. Mereka harus membantu penduduk untuk mendaftarkan diri masing-masing dalam sistem e-kasih selepas itu.

“Kerajaan dan wakil rakyat akan dipersalahkan oleh penduduk jika Tuai Rumah gagal berbuat demikian. Justeru saya berharap agar Tuai Rumah lebih serius dalam perkara terbabit di masa akan datang,” katanya.

Abah menerusi majlis itu telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) daripada Snowdan bernilai RM3,000 untuk tahun ini kepada Gereja Saint Stephen Pantu manakala RM5,000 daripada Masir bagi tahun 2011.

Hadir sama ialah Paderi Menguasa Gereja Saint Stephen Pantu, Philip Mang, Pengerusi Majlis Merarau dan Amal Kebajikan 2010 Gereja Saint Stephen, Pantu, Sub Dicken Edwin jawa Dundang, Setiausahanya Sub Dicken Joseph Sayang dan Lay Reader Saliman Baga.

Tamat.

No comments:

Post a Comment