Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 September, 2010

Jualan beraneka di Sri Aman meriah


Caption: MENARIK...Sebahagian daripada para pengunjung yang meninjau gerai jualan beraneka sempena sambutan Hari Malaysia di Stesen Bas Sri Aman malam tadi.


SRI AMAN, Khamis (16 Sept) – Hujan renyai yang melanda Bandar Sri Aman malam tadi nyata tidak menghalang minat orang ramai untuk berkunjung ke aktiviti gerai jualan beraneka yang berlangsung di Stesen Bas Sri Aman.

Aktiviti gerai jualan beraneka yang diadakan bersempena dengan sambutan Hari Malaysia Peringkat Daerah Sri Aman itu nyata telah menarik kedatangan lebih 600 orang penduduk semenjak ia mula beroperasi pada jam 6 petang kelmarin.

Tinjauan rambang Utusan Sarawak malam tadi mendapati aktiviti gerai jualan beraneka ini telah menawarkan pelbagai produk pakaian, ubat-ubatan tradisional dan aksesori tubuh yang menarik kepada pengunjung.

Aktiviti gerai jualan beraneka yang dijayakan lebih daripada 20 orang peniaga ini telah meneruskan operasinya sehingga berlangsung sambutan Hari Malaysia Peringkat Daerah Sri Aman hari ini.

Lebih menarik lagi ialah pihak penganjur juga turut membuka tapak untuk penganjuran Hari Bersama Pelanggan di kawasan Stesen Bas Sri Aman demi membolehkan pengunjung untuk mengetahui fungsi jabatan kerajaan dan swasta yang beroperasi di bandar ini.

Terdahulu sambutan Hari Malaysia Peringkat Daerah Sri Aman telah diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya ialah upacara perarakan, perbarisan, Pertandingan Mewarna 1Malaysia, Gerai Jualan Beraneka, Hari Bersama Pelanggan dan Pentas Kebudayaan 1Malaysia.

Upacara perarakan sejauh tiga kilometer yang membabitkan penyertaan seramai 2,000 orang peserta telah menjadi acara pembuka tirai sambutan Hari Malaysia Peringkat Daerah Sri Aman bermula jam 7.30 pagi hari ini.

Tamat.

2 comments:

  1. haya.. saya buka dekat belakang gerai ini tapi tak ambil gambar pun..asyik ambil gambar org jual jam jak.. hayaa..hehe

    ReplyDelete
  2. Haiya kenapa saya tidak nampak u itu jam ah moi aaa..haiya mesti kasi panggil saya ma..wa ambil u gamba.. ;)

    ReplyDelete