Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 September, 2010

JKKK Zon Utara Kampung Muhibah juara tiga kali pertandingan Pintu Gerbang Piala Harden


Caption: UNTUK ALBUM...Harden (berdiri tengah) bersama Masir (kiri beliau), tetamu undangan khas dan para pemenang ketika bergambar kenangan selepas keputusan pertandingan diumumkan.


SRI AMAN, Sabtu (18 Sept) – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Paya Jaya Zon Utara Kampung Muhibah telah membuktikan kebolehan mereka apabila muncul sebagai juara buat kali ke-3 bagi Pertandingan Pintu Gerbang Piala Pusingan YB Datuk Francis Harden Hollis.

Kejayaan JKKK Paya Jaya Zon Utara Kampung Muhibah dalam merangkul kejuaraan ke-3 berturut-turut bagi pertandingan pintu gerbang ini telah diumumkan pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2010 bertempat di Dewan Suarah Sri Aman malam tadi.

Kemenangan ini membolehkan JKKK Paya Jaya Zon Utara Kampung Muhibah membawa pulang piala pusingan, hadiah wang tunai bernilai RM800 dan piala iringan menerusi pertandingan ini.

Manakala itu JKKK Paya Jaya Zon Timur Kampung Muhibah pula muncul pemenang tempat ke-2 dan sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM700 dan piala kedudukan tempat ke-2.

Kedudukan tempat ke-3 pada Pertandingan Pintu Gerbang Piala Pusingan YB Datuk Francis Harden Hollis ini pula dimenangi oleh JKKK Taman Sentosa yang turut membawa pulang hadiah bernilai RM600 dan piala.

Lima buah lagi JKKK yang memperoleh hadiah wang saguhati bernilai RM360 bagi pertandingan ini ialah Paya Jaya Zon Tengah Kampung Muhibah, Paya Jaya Zon Selatan Kampung Muhibah, Paya Jaya Zon Barat Kampung Muhibah JKKK, Taman Harmoni dan JKKK RPR Fasa I.

Upacara penyampaian hadiah kepada semua JKKK yang terlibat dalam pertandingan ini telah disempurnakan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, wakil Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji, Pengerusi bersama majlis, KK Mas Karim Mas Atem dan Haslina Kasim, penasihat majlis, Penghulu Haji Abdul Samad Abdul Rahim, para ketua kaum dan kakitangan jabatan kerajaan di sini.

Terdahulu Ketua Hakim Pertandingan Pintu Gerbang Piala Pusingan YB Datuk Francis Harden Hollis, Naseruddin Haji Abdul Jabar menjelaskan pemarkahan ditentukan dari segi rekabentuk perkataan dan ukiran, kreativiti pemasangan lampu pencahayaan gerbang, keceriaan dan kebersihan serta penilaian keseluruhan oleh tiga orang hakim.

Tamat.

No comments:

Post a Comment