Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 September, 2010

Jangan jauhkan diri dari BN - MOng


Caption: SELAMAT HARI JADI...Mong (tiga kiri) dan Rayong (empat kanan) ketika memotong kek sebagai meraikan harijadi mereka sambil disaksikan oleh Nyalau (dua kiri) pada majlis berkenaan.


ENGKILILI, Selasa (21 Sept) – Rakyat dinasihat agar tidak menjauhkan diri daripada Barisan Nasional (BN) selepas ini demikian menurut Menteri Muda Pelancongan dan Warisan, Mong anak Dagang.

Ini kerana kerajaan yang diteraju oleh komponen parti BN katanya sudah berjaya membuktikan keupayaan mereka dalam mentransformasikan pembangunan dalam negara ini khasnya di Sarawak.

Lebih nyata lagi kata Mong ialah apabila Sarawak diiktiraf sebagai negeri ketiga terbaik dalam Malaysia dari segi pembangunan berbanding dengan kedudukan tercorotnya kira-kira 30 tahun yang lepas.

“Dengan kata lain bukti ini menunjukkan bahawa kerajaan BN cukup arif dan berpengalaman dalam melaksana pelbagai projek pembangunan di Malaysia khusus sekali bagi negerui Sarawak.

“Kejayaan ini adalah hasil sokongan rakyat terhadap BN semenjak 30 tahun dahulu. Justeru saya menasihatkan rakyat terus melahirkan sokongan mereka terhadap kerajaan BN menjelang pilihan raya ini nanti,” menurut beliau.

Mong yang juga Menteri Muda Pertanian berkata demikian ketika berucap merasmikan Program 1Malaysia Bersama Pemimpin bertempat di Rumah Brown anak Jenging, Tabau, Ulu Skrang, Engkilili hari ini.

Selain itu Mong juga mahu rakyat menolak segala tohmahan yang dilemparkan oleh pihak tertentu mengenai kerajaan BN selepas ini memandangkan ia cuma permainan politik oleh pihak terbabit semata-mata.

“Jangan percayakan tohman ini. Perkara ini sentiasa berlaku menjelang pilihan raya memandangkan pihak tersebut mahu meraih sokongan politik daripada rakyat di sesebuah kawasan berkenaan.

“Saya yakin transformasi pembangunan akan terus berlangsung dengan pesat di Sarawak jika BN menang pada pilihan raya kali ini,” katanya sambil menambah hanya BN yang mampu menaiktaraf hidup rakyat di Sarawak.

Mong menerusi majlis itu telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM4,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Brown.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa, Pegawai JASA Parlimen Sri Aman, Whelton Lumpoi dan Pegawai JASA Parlimen Lubok Antu, Jeoffery Baja Ricky Maba.

Tamat.

No comments:

Post a Comment