Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 September, 2010

Jabu meriahkan sambutan Raya di Betong



Caption: SELAMAT DATANG...Jabu ketika bersalaman dengan penduduk sebaik sahaja tiba di Kampung Melayu Betong sempena kunjungan perayaan Hari Raya Aidilfitri kelmarin.


BETONG, Isnin (13 Sept) – Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Betong telah diserikan lagi dengan aktiviti kunjungan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang dan rombongan ke tujuh buah lokasi dalam kawasan Kampung Melayu Betong kelmarin.

Tujuh buah lokasi ini ialah Surau Damai Kampung Hilir Betong, Surau Dakwah Kampung Tengah Betong, Gelanggang permainan Ranting PBB Kampung Hilir Betong, Gelanggang permainan JKKK Kampung Masjid Betong, Surau Kampung Melayu Passa Betong, Surau Setia Kampung Baru Hilir Betong dan Surau Darul Taqwa Kampung Baru Hulu Betong.

Kunjungan terbabit yang merupakan sesi lawatan rasmi beliau semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini turut disertai oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah Embas, ADUN Bukit Saban, Robert Lawson Chuat anak Entering, Senator Dato Sri Empiang Jabu dan Residen Betong, Datu Romie Sigan Daniel.

Kedatangan Jabu dan rombongan pada majlis itu nyata mengembirakan penduduk apabila cek peruntukan bantuan binaan alatan rumah bernilai RM110,000 disampaikan kepada 337 buah keluarga pada kunjungan berkenaan.

Bantuan bernilai RM300 untuk sebuah keluarga itu disampaikan kepada 66 buah keluarga dari Kampung Hilir, 69 dari Kampung Tengah, 63 dari Kampung Masjid, 16 dari Kampung Melayu Passa, 51 dari Kampung Baru Hilir dan 72 dari Kampung Baru Hulu Betong.

Jabu juga turut mengumumkan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5,000 kepada JKKK Kampung Hilir, JKKK Kampung Tengah, JKKK Kampung Masjid, JKKK Kampung Melayu Passa, JKKK Kampung Baru Hilir dan JKKK Kampung Baru Hulu Betong serta RM10,000 untuk Masjid Jamek Betong.

Selain itu, Jabu juga mengumumkan peruntukan bernilai RM45,000 untuk menaiktaraf dan membangunkan gelanggang permainan di Kampung Tengah, Kampung Masjid, Kampung Baru Hilir dan Kampung Baru Hulu Betong.

Hadir sama ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah Embas, ADUN Bukit Saban, Robert Lawson Chuat anak Entering, Senator Dato Sri Empiang Jabu, Residen Betong, Datu Romie Sigan Daniel, para ketua jabatan, ketua kaum, pengerusi persatuan dan wakil agensi dari sekitar Betong.

Tamat.

No comments:

Post a Comment