Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 September, 2010

IPD Sri Aman anjur Khatam Al Quran


Caption: FOKUS...Jusoh (kanan sekali) ketika menghadiri sesi Khatam Al-Quran di Surau Darul Solihin, IPD Sri Aman kelmarin.

SRI AMAN, Selasa ( 7 Sept) – Seramai 80 pegawai kanan, anggota, pesara dan anak anggota polis menjalani sesi Khatam Al-Quran bersempena dengan Tadarus Bulan Ramadan di Surau Surau Darul Solihin, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman kelmarin.

Kesemua peserta Khatam Al-Quran ini tamat menjalani sesi Khatam Al-Quran menerusi majlis Sambutan Khatamal Al-Quran peringkat IPD Sri Aman yang berlangsung di surau itu.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh Muhammad yang menghadiri majlis terbabit menasihatkan jawatankuasa Darul Solihin meneruskan aktiviti bertadarus ini sepanjang sambutan Bulan Ramadan pada tahun akan datang.

Beliau juga menasihatkan anggota polis beragama Islam IPD Betong untuk meneruskan amalan membaca Al-Quran kerana ia merupakan salah satu ibadah yang memberi ganjaran pahala kepada umatnya selepas ini.

“Bagaimanapun tahniah saya ucapkan kepada semua pegawai, anggota, pesara dan anak anggota polis yang telah berjaya menamatkan bacaan Al-Quran masing- masing dan juga kepada tenaga pembimbing yang sudi mengajar serta mendidik mereka sehingga ke tahap ini.

“Saya juga berharap agar pihak jawatankuasa Darul Solihin untuk terus menganjurkan aktiviti murni seperti ini bagi memastikan kesinambunganberterusan dalam pembacaan Al-Quran selepas ini,” katanya.

Selain itu pembabitan anggota IPD Sri Aman beragama Islam dalam Khatam Al-Quran adalah amat penting demi mempertingkatkan akidah dikalangan warga muslim IPD Sri Aman dari masa ke semasa.

“Bagaimanapun paling penting sekali ialah warga muslim IPD Sri Aman untuk terus menjalinkan hubungan kerjasama yang lebih rapat dengan penduduk setempat di Bandar Sri Aman dari masa ke semasa,” menurut beliau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment