Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 September, 2010

IPD Betong anjur Khatam Al-Quran


Caption: UNTUK ALBUM...Bukhori (belakang dua kiri) ketika bergambar kenangan bersama anak anggota dan anggota IPD Betong pada majlis itu kelmarin.


BETONG, Jumaat (3 Sept) – Seramai 10 orang anak anggota polis tamat menjalani sesi Khatam Al-Quran bersempena dengan Tadarus Bulan Ramadan di Surau An-Najah, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Betong kelmarin.

Kesemua 10 orang anak anggota polis IPD Betong berkenaan tamat menjalani sesi Khatam Al-Quran menerusi majlis Sambutan Khatamal Al-Quran peringkat IPD Betong yang berlangsung di surau itu.

Peserta bersama ibubapa anggota polis menerusi majlis itu juga turut mendengar Tazkirah Ramadhan yang telah disampaikan oleh Guru Agama Sekolah Kebangsaan Abang Abdul Kadir Betong iaitu Ustaz Kamarudin bin Mohamad.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Betong, DSP Bukhori bin Saffai yang menghadiri majlis terbabit menasihatkan jawatankuasa Surau An-Najah untuk meneruskan aktiviti bertadarus ini sepanjang sambutan Bulan Ramadan pada tahun akan datang.

Beliau juga menasihatkan anggota polis beragama Islam IPD Betong untuk meneruskan amalan membaca Al-Quran kerana ia merupakan salah satu ibadah yang memberi ganjaran pahala kepada umatnya selepas ini.

“Bagaimanapun tahniah saya ucapkan kepada semua anak polis yang telah berjaya menamatkan bacaan Al-Quran masing- masing dan juga kepada tenaga pembimbing yang sudi mengajar serta mendidik mereka sehingga ke tahap ini.

“Saya juga berharap agar pihak jawatankuasa An-Najah untuk terus menganjurkan aktiviti murni seperti ini bagi memastikan kesinambungan berterusan dalam pembacaan Al-Quran selepas ini,” katanya.

Bukhori bersama Isterinya Asiah binti Asan selaku pengerusi PERKEP IPD Betong pada majlis itu turut menyumbang duit raya kepada anak polis yang tamat menjalani Khatam Al-Quran serta kepada anak anggota polis lain yang turut menyertai sembahyang Sunat Terawih di sepanjang bulan Ramadhan ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Surau An-Najah, Inspektor Jumazanzahir, Setiausaha Surau An-Najah, Sarjan Mejar Mohd Hajemi, Guru Besar SK Abang Abdul Kadir Betong, Udai Abang Achang- dan SJN (bersara) Wan Ahmad b Wan Chee.

Tamat.

No comments:

Post a Comment