Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 September, 2010

Elak amal sikap adu domba - Razi


Caption: PENGHARGAAN…Razi (kiri) ketika menerima cenderahati daripada Mohiden (dua kanan) dan Waili Bisai (kanan sekali) pada majlis berkenaan.

PUSA, Rabu (22 Sept) – Penduduk kampung perlu mengelak dari mengamalkan sikap sikap ‘adu domba’ sekiranya timbul masalah dalaman yang dikalangan mereka demikian nasihat Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N. 30 Saribas, Mohammad Razi Sitam.

Katanya sikap ‘adu domba’ iaitu tabiat gemar mengadu masalah sambil menghasut boleh menimbulkan perpecahan dikalangan penduduk kampung dan harus ditangani secara bijak serta penuh hikmah mulai sekarang demi mengelakkan berlakunya perkara itu dikalangan mereka selepas ini.

“Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Negeri Sarawak khasnya pula mempunyai seramai 28 buah kaum yang hidup aman di bawah kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

“Perpaduan yang utuh diantara semua kaum seumpama ini harus dijadikan sebagai contoh oleh semua pihak khasnya penduduk kampung di sini untuk hidup bersama. Justeru jika ada pertelingkahan, selesaikan isu tersebut diperingkat kampung tanpa adanya amalan adu domba dari masa ke semasa,” menurut beliau.

Razi berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2010 anjuran Pergerakan Pemuda PBB Ranting Kampung Supa di Kampung Supa, Pusa, Betong kelmarin.

Selain itu penduduk Sarawak katanya juga masih memerlukan kepemimpinan yang cemerlang untuk membentuk perpaduan yang jitu demi membolehkan transformasi pembangunan negeri berjalan dengan lancar dari masa ke semasa.

“Oleh itu para belia perlu bersyukur dan harus bekerja keras bagi mempertahankan dasar perpaduan yang diperjuangkan oleh kerajaan di bawah teraju Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak termasuk di bawah teraju Ketua Menteri, Pehin Sri haji Abdul Taib Mahmud yang memimpin Kerajaan Negeri pada masa sekarang,” katanya.

Terdahulu Ketua Ranting Pemuda PBB Kampung Supa merangkap pengelola majlis, Mohd Mohiden Hamdan menganggap majlis ramah tamah aidilfitri ini mampu mewujudkan asas yang baik antara penduduk Kampung Supa terhadap penduduk luar selepas ini.

Hadir sama ialah Lembaga Amanah Kebajikan Masjid-Masjid Negeri Sarawak, Mejar (B) Haji Waili Bisai , Penyelia Kanan KEMAS Betong, Norkursaini Bujang, Penyelia KEMAS Betong, Dayang Madinah Abang Dalhan dan pihak Ibupejabat Polis Daerah Betong.

Tamat.

No comments:

Post a Comment