Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 September, 2010

Chung Hua Betong rai ulangtahun ke-75 penubuhan persatuannya pada 25 Sept ini

SRI AMAN, Rabu (15 Sept) – Persatuan Chung Hua Betong bakal meraikan ulangtahun ke-75 penubuhan persatuan tersebut bertempat di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong pada 25 September ini.

Jurucakapnya Charlie Wong menerusi kenyataan beritanya memberitahu tujuan majlis itu diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim dikalangan para ahli Persatuan Chung Hua Betong.

“Persatuan Chung Hua Betong melahirkan rasa amat bangga kerana bakal meraikan ulangtahun ke-75 penubuhan persatuan ini di Betong.

“Justeru pihak kami telah mengundang Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang untuk merasmikan Majlis Ulangtahun ke-75 Persatuan Chung Hua Betong pada 25 September ini nanti bermula jam 6.30 petang,” katanya.

Selain itu Charlie juga yakin majlis ini akan dapat memperkukuhkan lagi semangat kerjasama dikalangan ahli Persatuan Chung Hua Betong dalam melaksana pelbagai aktiviti di masa akan datang.

Dengan sasaran untuk menjadikan Persatuan Chung Hua Betong sebagai organisasi yang paling aktif di Betong, pihaknya berharap agar kesemua ahli lebih serius dalam menjalankan peranan masing-masing selepas ini.

“Persatuan Chung Hua Betong akan melakukan yang terbaik bagi menaiktarah sosialiti hidup penduduk di Betong dari masa ke semasa. Kunci utama untuk menjayakan usaha ini ialah semangat kerjasama dan perpaduan dikalangan ahli,” menurut beliau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment