Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 September, 2010


Caption: 1MALAYSIA...Harden (duduk dua kanan) ketika bersama rombongan mengadakan kunjungan ke kediaman Penghulu Haji Abdul Samad Haji Abdul Rahim (duduk tiga kanan) dan isteri ketika berlangsungnya Hari Raya Aidilfitri kelmarin.

SRI AMAN, Ahad (12 Sept) – Gagasan konsep 1Malaysia nyata mampu disemaikan dikalangan penduduk berbilang kaum dalam bandar Sri Aman ketika berlangsung perayaan Hari Raya Aidilfitri semenjak 10 September lepas.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata ia terbukti apabila penduduk bukan Islam dalam Bandar Sri Aman melakukan kunjungan raya ke rumah rakan Islam masing-masing ketika berlangsungnya perayaan utama terbabit.

“Penduduk bukan Islam di negeri ini khasnya di Bandar Sri Aman sememangnya sudah mengamalkan amalan ini ketika sambutan Hari Raya sebelum konsep Gagasan 1Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun ini.

“Pentingnya di sini ialah perlaksanaan Gagasan 1Malaysia dijayakan lagi dengan adanya amalan kunjung-mengunjungi seperti ini menjelang perayaan utama di negara kita. Dengan kata lain, amalan terbabit menjayakan lagi perlaksanaan Gagasan 1Malaysia dikalangan penduduk berbilang kaum,” menurut beliau.

Selain itu Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang menasihatkan penduduk agar tidak terikut-ikut dengan fitnah yang berbaur perkauman dan agama di kawasan Sri Aman selepas ini.

Katanya terdapat segelintir pihak tertentu yang sengaja mengutarakan isu berkenaan demi meraih sokongan politik daripada penduduk berbilang kaum di kawasan Sri Aman menjelang pilihan raya akan datang.

“Kerajaan yang diteraju oleh Barisan Nasional (BN) nyata berjaya mewujudkan keamanan yang berkekalan dalam negara kita khasnya di negeri Sarawak semenjak 30 tahun yang lepas.

“Justeru saya menasihatkan semua penduduk untuk menghargai keamanan yang mereka kecapi pada masa sekarang. Dengan berbuat demikian proses pembangunan negeri akan berjalan dengan penuh lancar di masa akan datang,” menurut beliau.

Terdahulu Harden bersama rombongan telah mengadakan kunjungan raya ke beberapa buah rumah ketua kaum Melayu dalam kawasan Sri Aman pada 10 dan 11 September lepas.

Hadir sama pada rombongan itu ialah Setiausaha Sulit kepada Harden, Jerome Runggol, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) N.27 Simanggang, Vincent Roy Muda, Penghulu Lee Siang Hua, Pemanca Sii Toh Peng dan Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Sri Aman, Kanselor Jimmy Chong.

Tamat.

No comments:

Post a Comment