Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 September, 2010

BN adil agih projek - Nyalau


Caption: SELAMAT HARI RAYA...Nyalau bersama rombongan ketika disambut oleh Ketua Kampung Melayu Lubok Antu, Suhaili sebaik sahaja tiba pada majlis itu.

LUBOK ANTU, Selasa (21 Sept) – Kerajaan Barisan Nasional (BN) bersifat adil dalam menyalurkan projek pembangunannya terhadap penduduk di negeri ini demikian menurut Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.

Menurut beliau ia terbukti apabila banyak kawasan bandar dan luar bandar di Sarawak kini sedang mengalami proses transformasi pembangunan yang pesat berbanding 30 tahun yang lepas.

“Perlaksanaan projek Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak atau SCORE misalnya memberi banyak manfaat kepada penduduk dalam kawasan bandar dan luar bandar di wilayah tengah negeri ini.

“Itu tidak termasuk lain-lain projek pembangunan yang mencatat nilai berbilion ringgit untuk negeri Sarawak menerusi perlaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA. Justeru penduduk harus bersyukur kerana BN berlaku adil dalam isu ini dari masa ke semasa,” menurut beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah Adilfitri 1Malaysia sempena sambutan Hari Raya Aidilftri 2010 anjuran JKKK Kampung Melayu Lubok Antu baru-baru ini.

Selain itu sokongan padu penduduk terhadap BN kata Nyalau juga amat diperlukan menjelang pilihan raya ini nanti demi memastikan kesinambungan projek pembangunan berkenaan selepas itu.

“Kita khuatir projek pembangunan kerajaan yang sedang dilaksanakan di sesebuah kawasan akan terbantut sekiranya penduduk di situ tidak menyokong BN selepas pilihan raya ini nanti.

“Saya ingin mengingatkan penduduk agar bijak berfikir sebelum membuang undi ke atas pihak pembangkang. Masa depan anak cucu kita adalah cukup penting pada kertas undi menjelang pilihan raya ini nanti,” menurut beliau.

Nyalau menerusi majlis itu telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM10,000 kepada JKKK Kampung itu manakala RM3,000 lagi digunakan untuk menjalankan aktiviti keagamaan kampung terbabit.

Hadir sama bagi memeriahkan sambutan majlis itu ialah Pegawai Penerangan Parlimen JASA P.203 Lubok Antu, Geoffery Baja anak Ricky Maba, Pembantu Penerangan Daerah Lubok Antu, Dennis Tandat dan ketua kaum di sini.

Tamat...

No comments:

Post a Comment