Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 September, 2010

Bilik berkunci tapi barang kena kebas

SRI AMAN, Khamis (16 Sept) – Seorang pemuda dari kawasan Jalan Hospital Sri Aman mengalami kerugian ratusan ringgit setelah barangannya dalam bilik sewa dicuri dalam kejadian yang berlaku kelmarin.

Pemuda berusia 19 tahun yang menyewa sebuah bilik sewa di bangunan lot 916, Jalan Hospital, Sri Aman ketika ditemui memberitahu beliau menyedari kejadian berkenaan ketika pulang dari rumah saudaranya di Kampung Hilir sekitar awal pagi kelmarin.

“Saya langsung tidak menyedari bahawa berlakunya kejadian ini memandangkan pintu bilik sewa saya masih lagi berkunci pada waktu saya tiba dari Kampung Hilir pagi kelmarin.

“Apabila kunci pintu bilik dibuka, saya berasa amat terkejut kerana mendapati beberapa barangan peribadi saya hilang. Ia termasuklah sebuah set permainan dvd, pen drive dan beberapa komponen elektrik saya yang lain,” katanya.

Pemuda itu yang kini bekerja di sebuah bengkel membaiki kereta dalam bandar Sri Aman melahirkan rasa khuatirnya jika terdapat individu lain yang mempunyai kunci untuk membuka pintu bilik sewanya itu.

Ini kerana menurut beliau tiada terdapat sebarang kesan yang menunjukkan bahawa pintunya dipecah masuk oleh individu tertentu melainkan jika orang terbabit mempunyai kunci khas untuk berbuat demikian.

“Tuah menyebelahi saya kerana pencuri itu tidak mencuri set televisyen saya. Bagaimanapun saya berharap agar orang yang melakukan jenayah ini menyesali perbuatan diri sendiri,” katanya.

Pemuda terbabit juga turut bertindak menghubungi pemilik bilik sewa berhubung kejadian jenayah ini tanpa melaporkan kejadian jenayah berkenaan kepada pihak polis Sri Aman.

Tamat.

No comments:

Post a Comment