Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 September, 2010

Belia Kampung Muhibah kunjung rumah Ramli Sera


Caption: SEMANGAT MUHIBAH...Ramli (berdiri empat kanan) bersama Abdul (dua kanan) ketika bergambar kenangan bersama rombongan Kelab Rakan Muda Kampung Muhibah Sri Aman sempena kunjungan raya ke rumah beliau baru-baru ini.


SRI AMAN, Selasa (14 Sept) – Rombongan Kelab Rakan Muda Kampung Muhibah Sri Aman telah mengadakan aktiviti kunjungan perayaan Hari Raya Aidilfitri ke kediaman Timbalan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Muhibah, Ramli Abu Sera malam kelmarin.

Rombongan yang disertai oleh 11 orang ahli Kelab Rakan Muda Kampung Muhibah Sri Aman ini turut disertai oleh Penolong Setiausaha KRT Kampung Muhibah Sri Aman iaitu Abang Abdul Hadi Rosli.

Ramli ketika ditemui melahirkan rasa bangga di atas inisiatif pihak Kelab Rakan Muda Kampung Muhibah Sri Aman untuk mengadakan kunjungan raya sebagai sokongan terhadap perlaksanaan konsep 1Malaysia.

“Ahli Kelab Rakan Muda Kampung Muhibah Sri Aman, semenjak penubuhannya di sini nyata terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang agama selaras dengan perlaksanaan konsep Gagasan 1Malaysia.

“Justeru aktiviti kunjung mengunjung sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri ini membuktikan bahawa Kelab Rakan Muda Kampung Muhibah Sri Aman komited menjayakan perlaksanaan gagasan berkenaan,” katanya.

Selain itu beliau juga berharap agar Kelab Rakan Muda Kampung Muhibah Sri Aman terus aktif mengadakan aktiviti yang boleh mewujudkan perpaduan dikalangan penduduk berbilang kaum di Sri Aman dari masa ke semasa.

Tindakan sebegini kata Ramli secara tidak langsung membuktikan bahawa Kelab Rakan Muda Kampung Muhibah Sri Aman serius menonjolkan pembabitan belia dalam menjayakan perlaksaan konsep 1Malaysia di masa akan datang.

“Tunjang kejayaan perlaksanaan Konsep 1Malaysia juga terletak di bahu para belia. Oleh itu pembabitan golongan belia dalam menjayakan perlaksanaan konsep ini dapat membantu kerajaan menjayakan pembangunan negara di masa akan datang,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment