Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 September, 2010

Amal falsafah DIDIK untuk berjaya - Jabu


Caption: MESRA...Jabu (kanan) ketika bersalaman dengan Ketua Ranting PBB kawasan Kampung Baru Betong, Abdul Rahim bin Haji Jaini (kiri) sebaik sahaja tiba pada majlis tersebut.


BETONG, Selasa (14 Sept) – ‘Dedication, Inteligent, Discipline, Integriti dan Knowledge’ atau (DIDIK) merupakan satu falsafah yang perlu disemai dalam diri setiap lapisan masyarakat pada awal peringkat sekolah rendah kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang.

Menurut beliau falsafah DIDIK bukan hanya sekadar sebutan tetapi perlu menjadi amalan kepada setiap golongan generasi muda yang bakal mengambilalih teraju kepimpinan negara di masa akan datang.

“Falsafah ini juga perlu diamal oleh para ibubapa dan guru yang menjadi pengukur utama dalam merealisasikan pencapaian negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 kelak.

“Justeru kerajaan khasnya di Betong telah mewujudkan Sekolah Menengah Teknik, Maktab Rendah Sains MARA bagi menjayakan hasrat ini,” katanya sambil menambah pelan pembinaan Politeknik di Betong menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 juga dilihat sebagai langkah awal untuk merealisasikan gagasan tersusun berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Permodenan Pertanian berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kunjungan Hari Raya Aidilfitri 2010 di Surau Darul Taqwa, Kampung Baru Hulu Betong baru-baru ini.

Selain itu Jabu juga turut menyelar sebuah blog atau laman web yang memburuk-burukkan para pemimpin Barisan Nasional (BN) di kawasan Betong berhubung kenyataan mengenai isu rancangan integrasi Bandar Betong sebelum ini.

Kenyataan dalam blog itu menurut beliau menyatakan bahawa kawasan 3 kilometer dari pusat Bandar Betong perlu diintergrasikan untuk perancangan Bandar Betong dan perkara dikhuatiri boleh menimbulkan perpecahan dikalangan masyarakat kampung di Betong.

“Ingin saya jelaskan disini bahawa kesemua 118 lot penempatan baru penduduk kampung Melayu di kawasan pentadbiran Kampung Hulu dan Hilir Betong itu telah di serahkan kepada pihak Jabatan Tanah dan Survei (JTS).

“Ia masih dalam proses percaturan milik kepada penduduk kampung yang berhak dan mencapai kriteria yang telah digariskan dalam syarat-syarat ditetapkan,” katanya sambil menambah sebahagian dari kawasan itu akan dikomersilkan sebagai pusat perniagaan dan rekreasi penduduk.

Hadir sama ialah Hadir sama ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah Embas, ADUN Bukit Saban, Robert Lawson Chuat anak Entering, Senator Dato Sri Empiang Jabu, Residen Betong, Datu Romie Sigan Daniel, para ketua jabatan, ketua kaum, pengerusi persatuan dan wakil agensi dari sekitar Betong.

Jabu menerusi majlis itu menyampaikan cek bernilai RM21,600 kepada 72 buah keluarga dari Kampung Masjid Betong bagi tujuan bantuan pembelian alat bina rumah kediaman masing-masing.

Beliau juga turut mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5,000kepada JKKK Kampung Baru Hulu Betong manakala RM5,000 lagi dari Uggah.

Tamat.

No comments:

Post a Comment