Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 September, 2010

Afreden perlu bantuan perubatan


Caption: IKHLAS...Ramli (kiri) ketika menyampaikan bantuan kepada Affreden (tengah) sambil disaksikan oleh bapa mertuanya Miri (belakang) di rumahnya.

SRI AMAN, Jumaat (3 Sept) – Kemeriahan menyambut bulan Ramadan mungkin tidak begitu bermakna buat seorang kakitangan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Sri Aman iaitu Affreden bin Johar apabila beliau dipercayai mengidap penyakit lumpuh separuh badan semenjak 27 Julai tahun ini.

Affreden, 36, dari Lubok Antu dipercayai mula menderita penyakit berkenaan ketika mengadu mengidap penyakit demam panas sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tujuan rawatan lanjut selepas itu.

Bagaimanapun rawatan lanjut di hospital belum dapat menyembuhkan suami kepada Siti Zainah dan tujuh orang anak itu yang kini akhirnya terlantar di rumah isteri beliau berdekatan dengan Masjid Darul As-Syakirin, Zon Timur Kampung Muhibah, Sri Aman.

Di rumah, Affreden telah diberi penjagaan rapi oleh isteri, ibubapanya, mertua lelaki dan mertua perempuan termasuk urusan mandi, makan, minum serta pakaiannya pada setiap hari.

Oleh itu Jawatankuasa Surau Nur-Syuhada, JTS Sri Aman tampil memberikan bantuan kebajikan bernilai RM300 yang disampaikan sendiri oleh wakil surau berkenaan iaitu Ramli Abu Sera kepada Affreden sendiri di kediamannya hari ini.

Bapa mertuanya iaitu Miri bin Sujang ketika ditemui merayu bantuan perubatan daripada semua pihak demi memulihkan kembali penyakit menantunya iaitu Affreden yang kini tidak dapat bertutur dan lumpuh pergerakan kaki kiri serta tangan kiri sehingga sekarang.

“Keluarga kami sudah melakukan pelbagai ikhtiar untuk memulihkan kembali penyakit beliau termasuk melakukan rawatan secara tradisional terhadap Affreden selama ini namun tidak berjaya.

“Bagaimanapun pihak kami tidak akan berputus asa untuk memulihkan penyakit beliau. Oleh itu pihak kami merayu bantuan daripada orang ramai untuk mengubati penyakit Affreden selepas ini,” katanya.

Sementara itu pula Affreden kata Ramli yang telah berkhidmat selama tiga tahun dalam JTS Sri Aman sebelum menderita penyakit berkenaan semenjak 27 Julai lepas masih menerima gaji untuk menampung keperluan isteri dan tujuh anak beliau.

“Atas sebab ini pihak Jawatankuasa Surau Nur-Syuhada, JTS Sri Aman tampil untuk memberikan bantuan kewangan kepada beliau. Namun begitu semua pihak harus prihatin terhadap penderitaan yang ditanggung oleh Affreden dengan menghulur bantuan perubatan selepas ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment