Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

25 September, 2010

9 - 10 Oktober - Program Berambih Bahasa di Sri Aman


Caption: UMUM...Jiso (dua kanan) bersama Shamshuddin (tengah) sebaik sahaja tamat mesyuarat berkenaan hari ini.


SRI AMAN, Jumaat (24 Sept) – Kawasan Sri Aman bakal dimeriahkan dengan penganjuran Program Berambih Bahasa Bulan Kebangsaan 2010 peringkat Bahagian Sri Aman 2010 di tiga buah lokasi bermula 9 Oktober hingga 10 Oktober ini nanti.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Program Berambih Bahasa Bahagian Sri Aman, Jiso Rutan berkata tiga buah lokasi penganjuran Program Berambih Bahasa ini ialah Auditorium Stesen Radio Televisyen Malaysia Sri Aman, Dewan Serbaguna Kampung Hilir dan Rumah Radin, Kampung Putat, Sri Aman.

“Beberapa buah aktiviti menarik telah disusun bagi menjayakan Program Berambih Bahasa Bahagian Sri Aman 2010 di tiga buah lokasi berkenaan bermula 9 hingga 10 Otober ini nanti.

“Aktiviti ini ialah Kenduri Bahasa, Pertandingan Bercerita Untuk Kanak-Kanak Tadika dan Sekolah Rendah 1 – 3 Tahun, Pertandingan Bermukun Antara Kampung, Sayembara Puisi Pelajar Sekolah Menengah, Gotong-Royong dan majlis penutupan program ini,” katanya.

Jiso berkata demikian ketika berlangsungnya sidang media selepas tamat mesyuarat Jawatankuasa Program Berambih Bahasa Bahagian Sri Aman 2010 di Pejabat Residen Sri Aman hari ini.

Pertandingan Bercerita Untuk Kanak-Kanak Tadika dan Sekolah Rendah 1 – 3 Tahun dan Sayembara Puisi Pelajar Sekolah Menengah sempena program in menurut beliau akan berlangsung di Auditorium Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman bermula jam 8 pagi hingga 12.30 tengahari.

Manakala itu Pertandingan Bermukun Antara Kampung bersempena dengan Program Berambih Bahasa Bulan Kebangsaan 2010 menurut Jiso akan diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Hilir Sri Aman bermula jam 8 malam bagi tarikh yang sama.

“Majlis Penutupan bagi Program Berambih Bahasa Bulan Kebangsaan 2010 peringkat Bahagian Sri Aman 2010 ini pula akan diadakan di Rumah Radin, Kampung Putat Sri Aman pada 10 Oktober ini.

“Pihak kita akan menjemput Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis untuk merasmikan majlis itu nanti. Justeru diharap agar program ini akan dapat dilaksanakan dengan lancar,” menurut beliau yang juga merupakan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Sarawak.

Hadir sama ialah Pengerusi Bersama merangkap Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji, Timbalan Residen Sri Aman, Felicia Tan Ya Hua, para pegawai kerajaan dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment