Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 September, 2010

6,000 bubur lambok diagih semenjak 13 Ogos


Caption: GOTONG ROYONG...Shamshuddin ketika bersama timbalannya Felicia Tan dan kakitangan menjayakan aktiviti persediaan bubur lambok di Pejabat Residen Sri Aman hari ini.


SRI AMAN, Jumaat (3 Sept) – Tiga buah agensi kerajaan telah menjayakan aktiviti pengagihan sebanyak 1,500 buah bungkusan Bubur Lambok bertempat persimpangan Jalan Temudok, Sri Aman pada 3 September ini bermula dari jam 3 petang hingga 5 petang hari.

Aktiviti yang termaktub di bawah Program Mega Bubur Lambok 2010 yang melibatkan Majlis Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Kemajuan Masyarakat dan Jabatan Agama Islam Bahagian Sri Aman ini telah dirasmikan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Proses penghasilan bubur lambok berkenaan telah pun dilakukan di Pejabat Residen Sri Aman bermula awal pagi hari ini sambil dibantu oleh Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji bersama timbalannya Felicia Tan.

Secara keseluruhannya sejumlah 6,000 buah bungkusan bubur lambok telah diagihkan oleh persatuan dan agensi kerajaan dalam Bandar Sri Aman menerusi program terbabit bermula 13 Ogos lalu hingga hari ini.

Pertama, Persatuan Ibu Tunggal Sri Aman telah dipertanggungjawabkan oleh Pejabat Residen Sri Aman untuk mengagih sejumlah 1,500 buah bungkusan bubur lambok kepada penduduk dalam bandar ini pada 13 Ogos bertempat Taman Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman.

Kedua, bubur lambok pada jumlah yang sama juga turut diagih oleh Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPIN) Bahagian Sri Aman dan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sri Aman bertempat di lokasi yang sama pada 21 dan 27 Ogos lepas.

Program Mega Bubur Lambok ini merupakan hasil buah fikiran Pejabat Residen Bahagian Sri Aman dengan anjuran bersama beberapa buah agensi, jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam bandar Sri Aman.

Terdahulu Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji ketika ditemui memberitahu program berkenaan bertujuan untuk mempromosi agensi kerajaan dan NGO yang terdapat di bandar Sri Aman terhadap penduduk.

“Dengan adanya Program Mega Bubur Lambok ini saya berharap agar penduduk dapat mengenali pelbagai jabatan kerajaan dan persatuan yang ada dalam Bandar Sri Aman,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment