Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 September, 2010

2,000 penduduk berarak sempena Hari Malaysia


Caption: BERSEMANGAT...Kontinjen Pejabat Residen Sri Aman ketika berarak di Jalan Hospital Sri Aman ketika berlangsung program terbabit hari ini.


SRI AMAN, Khamis (16 Sept) – Sri Aman mencipta sejarahnya sendiri apabila muncul sebagai satu-satunya wilayah dalam negeri Sarawak yang menganjurkan upacara perarakan dan perbarisan bersempena dengan sambutan Hari Malaysia hari ini.

Upacara perarakan sempena sambutan Hari Malaysia yang bermula pada 7.30 pagi hari ini telah melibatkan seramai 2,000 orang peserta menerusi 55 buah kontinjen yang terdiri jabatan kerajaan, persatuan, sekolah menengah, persatuan dan parti politik Barisan Nasional (BN) di Sri Aman.

Kesemua peserta ini telah berkumpul di Padang Kompleks Sukan Sri Aman pada jam 6 pagi sebelum Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Lawan menyempurnakan upacara pelepasan bendera bagi perarakan berkenaan.

Kedua-dua wakil rakyat ini kemudiannya mengetuai kesemua 2,000 orang peserta terbabit untuk berarak sejauh tiga kilometer bermula dari Padang Kompleks Sukan Sri Aman menuju ke Padang Lama Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Sri Aman hari.

Ketibaan Snowdan dan Masir bersama para peserta terbabit telah disambut oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim di Padang Lama KPSU Sri Aman.

Disitu kesemua peserta telah menjayakan upacara perbarisan bersempena sambutan Hari Malaysia sebelum upacara menaikkan bendera Malaysia dan Sarawak sambil diikuti oleh nyanyian koir oleh kumpulan MAKSAK Sri Aman.

Sebaik sahaja selesai kedua-dua acara ini, Pengerusi Pengelola Jawatankuasa Sambutan Hari Malaysia Daerah Sri Aman, Bujang Haji Mudin telah menyampaikan kata-kata aluan sebelum Rohani menyampaikan amanatnya bagi tujuan perasmian majlis itu.

Upacara perbarisan yang dirasmikan oleh Rohani ini kemudiannya diteruskan dengan penyampaian hadiah pertandingan sebelum kesemua mereka bersurai sekitar jam 9.30 pagi hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis, Menteri Muda Pelancongan, Mong Dagang, Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, ADUN Lingga, Hajah Simoi Haji Peri, ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa dan Residen Sri Aman, Abang Shamshudin Abang Seruji.

Upacara perarakan dan perbarisan merupakan salah satu program sempena sambutan Hari Malaysia Peringkat Daerah Sri Aman hari ini. Lain-lain program yang berlangsung hari ini adalah pertandingan mewarna, Hari Bersama Pelanggan dan Pentas Kebudayaan 1Malaysia.

Tamat.

No comments:

Post a Comment