Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

25 September, 2010

135 penduduk terima sumbangan raya - Razi


Mugshot: MOHD RAZI SITAM

DEBAK, Sabtu (25 Sept) – Sejumlah 135 orang Warga Emas berumur 70 tahun ke atas menerima sumbangan bersempena dengan Sambutan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri peringkat Kampung Melayu Debak anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Debak (LAKMD), Debak, Betong baru-baru ini.

Sumbangan yang disampaikan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah Embas itu bertujuan untuk membantu menaiktaraf kebajikan hidup warga emas yang tedapat di kampung terbabit bersempena dengan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Pengerusi LAKMD Debak, Mohammad Razi Sitam, ketika berucap pada majlis itu berkata sambutan ramah tamah kali ini mempunyai satu kelainan apabila dengan adanya sumbangan duit raya khas kepada warga emas.

“Ini adalah salah satu usaha kita untuk membantu warga emas sambil menyemai rasa hormat terhadap golongan berkenaan.

“Mereka yang hidup di awal zaman kemerdekaan banyak merasai perit susah kehidupan sehinggalah negeri ini mencapai kemajuan yang sangat cemerlang di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Rakyat kata Razi juga harus bersyukur kerana memperoleh nikmat keamanan dan pembangunan pesat yang dikecapi dalam negeri ini hasil perlaksanaan dasar politik pembangunan yang diperkenal oleh Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda PBB Cawangan Saribas telah menyatakan janjinya untuk terus memainkan peranan dalam menghulur bantuan kepada golongan kurang bernasib baik di peringkat kampung di Debak.

“Penyerahan sumbangan khas aidilfitri kepada warga emas ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sentiasa prihatin dengan jasa orang lama dalam membina Malaysia menerusi dasar pembangunan yang berterusan,” katanya.

Hadir sama ialah Residen Betong, Datu Romie Sigan Daniel, Pegawai Daerah Betong Friday Belik, Pegawai JASA Betong, Tony Malang, Penyelia Kanan KEMAS Betong Norkursaini Bujang, Pengerusi LAKMD, Mohammad Razi Sitam, Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Debak dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment