Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 August, 2010

Tikus handsome masuk perangkap


Caption: CUBA LARI...Jerry ketika sedang meronta-ronta di dalam perangkap hari ini.


SRI AMAN, Jumaat - Seekor tikus mengalami nasib malang setelah termakan umpan cikedis yang dipasang dalam sebuah pangkop (jerat) di stesen bas Sri Aman hari ini.

Tikus yang diberi nama Jerry itu telah termasuk ke dalam perangkap pangkop yang dipasang oleh seorang mamat yang bernama Tom dalam sebuah parit berdekatan kedai makcik kopi pada jam 10 malam tadi.

Jerry ketika ditemubual hari ini memberitahu beliau melihat cikedis itu sebagai makanan yang menarik sebelum bertindak masuk ke dalam perangkap yang akhirnya merugikan masa depan diri beliau sendiri.

Beliau turut melaporkan bahawa dirinya ditipu dan akan bertindak melaporkan perkara ini kepada Pertubuhan Haiwan Sedunia (WWF) untuk tujuan tindakan mahkamah terhadap Tom.

Bagaimanapun dilaporkan bahawa Jerry telah diderma kepada beberapa ekor kucing yang sering berkeliaran di kawasan stesen bas bagi tujuan penambahan zat makanan dan khasiat dalam perut masing-masing. - TIADA NAMA

Tamat.

No comments:

Post a Comment