Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 August, 2010

Teknologi Pendidikan Sri Aman rai dua kakitangan


Caption: SELAMAT BERSARA...Menjang (kanan) sedang menyampaikan sijil penghargaan kepada Afandi (kiri) sambil disaksikan oleh para kakitangan Teknologi Pendidikan yang lain ketika berlangsungnya majlis itu baru-baru ini.

SRI AMAN, Sabtu (14 Ogos) – Unit Teknologi Pendidikan Bahagian Sri Aman telah meraikan dua orang warga pendidikan menerusi sebuah majlis ringkas yang berlangsung di Pusat Kegiatan Guru, Sri Aman baru-baru ini.

Dua orang warga pendidikan yang telah diraikan oleh pihak Unit Teknologi Pendidikan Bahagian Sri Aman pada majlis ringkas berkenaan adalah Mohd Afandi Suhaili dan Florence Stanley Linang.

Terdahulu Mohd Afandi, 58, telah menerima sijil penghargaan daripada Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Sri Aman iaitu Menjang Nia setelah berkhidmat sebagai Pekerja Rendah Awam selama 33 tahun sebelum bersara pada 14 September kelak.

Manakala itu iaitu Pembantu Tadbir di Pusat kegiatan Guru Sri Aman, Florence Stanley pula telah dirai apabila menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2009 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak , Kota Samarahan pada 5 Ogos lepas.

Terdahulu Menjang menerusi ucapan ringkasnya telah merakamkan penghargaan terhadap kedua-dua kakitangan jabatan kerajaan berkenaan di atas sumbangan mereka terhadap penduduk selama ini.

Beliau mahu penjawat awam untuk terus komited dalam melaksana tanggungjawab yang diberikan kepada mereka oleh kerajaan dalam memacu perlaksanaan pembangunan yang mencakupi segala segi di kawasan Sri Aman.

“Justeru diharap agar penjawat awam lebih-lebih lagi warga pendidikan di daerah Sri Aman terus berusaha gigih dalam membantu kerajaan untuk menaiktaraf hidup penduduk di sini pada masa akan datang,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment