Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 August, 2010

Tabika Kampung Tengah Betong anjur program Hafazan


Caption: KAMI JUARA...Pemenang Qari dan Qariah bergambar kenangan sebaik sahaja tamat program berkenaan.

Saleman Senin,

PPD Betong

BETONG, Rabu (11 Ogos) – Tabika KEMAS Kampung Tengah Betong telah menganjurkan Program Hafazan Al-Fatihah dan Surah Lazim bertempat di Dewan Al-Husna Masjid Jamek Betong baru-baru ini.

Jurucakap penganjur ketika ditemui memberitahu program yang dirancang pada awal tahun itu telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kanak-Kanak Usia 6 Tahun dan Kanak-Kanak Untuk Usia 5 Tahun.

“Antara objektif pelaksanaan aktiviti berkenaan ialah untuk mendidik anak-anak bagi mengetahui asas agama disamping mendidik mereka untuk lebih berani berketrampilan di hadapan orang ramai selepas ini.

“Selain itu program ini juga mengajar mereka untuk menghafal dan mempelajari sesuatu dalam usaha memperkukuhkan anak-anak dengan ilmu asas duniawi dan ukhrawi demi melahirkan golongan yang celik agama dan Al-Quran di masa akan datang,” katanya.

Beliau juga menambah bahawa program ini merupakan salah usaha pihak mereka untuk mendidik anak-anak bagi mengenali asas fardhu ain dan fardhu kifayah bermula dari peringkat Tadika lagi

Disebalik pendidikan asas formal katanya kanak-kanak wajib mengenali asas didikan agama yang sewajarnya agar mereka mempunyai asas kukuh selaku umat yang berpegang kepada ajaran agama di masa akan datang.

Terdahulu Mohd Najmi Fitri bin Norizam telah dinobatkan sebagai johan untuk Kategori Qari 6 Tahun manakala Mohd Aireel Hakimi dan Nur Akmal Afiq bin Hassan pula masing-masing menduduki tempat ke-2 dan ke-3.

Kategori Qariah 6 Tahun pula menyaksikan Nur Wani Iwani Amran muncul juara manakala Syasha Azzahra binti Shamsubaharum dan Nurliyana Syahirah binti Syahrin pula menduduki tempat ke-2 dan ke-3 untuk kategori itu.

Muhd Nabil Fitri bin Norizam muncul juara Kategori Qari 5 Tahun dan Abang Aiman Ikhwan bin Abang Madha serta Aidil Syahmie bin Shamsudin pula muncul pemenang tempat ke-2 dan ke-3.

Kategori Qariah 5 tahun pula adik Nur Fatin Syakilla bt Abdullah, adik Nurfazianatul Asmira bt Abdullah Ismail ditempat kedua dan adik Aida Insyirah bt Daniel Sham ditempat ketiga.

Majlis perasmian tersebut telah di sempurnakan oleh Penghulu Kampung Melayu Betong iaitu Haji Abang Zawawie bin Abang Rajit.

Hadir sama ialah Penyelia Prasekolah, Pejabat Kemas Daerah Betong, Norziyanti binti Tenang, Pengerusi TABIKA Kemas Kampung Tengah Betong, Ismail bin Mohamad, para ketua kaum dan ibubapa di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment