Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 August, 2010

SK Nangga Klassen ditutup ekoran air sungai meningkat



Caption:

1.DEMI KESELAMATAN...Murid harian dan asrama SK Nangga Klassen ketika sedang melintasi jambatan gantung di sungai berkenaan sebaik sahaja diarahkan pulang pagi tadi.

2.TIDAK SELAMAT...Paras air Sungai Nangga Klassen kelihatan mencapai aras bawah jambatan gantung yang menghubungkan murid ke sekolah berkenaan.

Pix by Desmond Douglas Jerukan, Timbalan Residen Sri Aman

SRI AMAN, Jumaat (20 Ogos) – Seramai 120 orang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Klassen, Sri Aman diarah pulang apabila paras air Sungai Nanga Klassen kian meningkat ekoran hujan lebat tanpa henti yang melanda kawasan Sri Aman bermula lewat petang kelmarin.

Kebimbangan pihak SK Nanga Klassen mula timbul apabila paras sungai berkenaan kian meningkat dan dikhuatiri akan melitupi jambatan gantung yang menghubungkan sekolah berkenaan ke kawasan seberang penempatan penduduk.

“Pihak SK Nangga Klassen tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan menyuruh kesemua murid asrama dan harian sekolah berkenaan untuk pulang ke rumah masing-masing pada pagi hari ini.

“Pihak sekolah khuatir kesemua 120 orang murid berkenaan akan terkandas di sekolah sekiranya paras air sungai berkenaan terus naik dan menutupi jambatan gantung terbabit. Justeru sekolah ditutup hari ini dan murid diarahkan pulang,” menurut sumber dari lokasi berkenaan.

Selain itu pihaknya juga berharap agar pembinaan jambatan baru Nanga Klassen yang dibiayai oleh Jabatan Perdana Menteri sebelum itu dapat siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Jambatan baru yang terletak tidak jauh dari lokasi jambatan gantung berkenaan katanya menelan kos pembinaan sebanyak RM400,000 sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dahulu.

“Harapan kami ialah agar pihak pemaju segera menyiapkan projek pembinaan jambatan baru berkenaan. Pihak sekolah yakin masalah seperti ini akan diatasi pada masa akan datang sekiranya jambatan baru terbabit siap dibina kelak,” menurut beliau.

Tamat.

1 comment:

  1. wahhhh sekolah lama!!!! saya tahun satu tahun 1992!!

    ReplyDelete