Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 August, 2010

SenamTari PPWS dapat sambutan


Caption: HIDUP CERGAS...Para ahli PPWS ketika sedang mengikuti Program Senam Tari PPWS 2010 di sini kelmarin.

SRI AMAN, Isnin (2 Ogos) - Seramai 180 orang penduduk mengambil bahagian dalam Program Senam Tari Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) 2010 bertempat di Taman Panorama Benak, Sri Aman kelmarin.

Program Senam Tari PPWS 2010 yang membabitkan ahli PPW, kakitangan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari sekitar Bandar Sri Aman ini telah bermula dari jam 7.30 pagi hingga 9 pagi.

Pengerusi PPWS Kawasan Sri Aman, Nur Khadijah Abdullah ketika ditemui memberitahu Program Senam Tari PPWS 2010 ini merupakan julungkali diadakan secara serentak di seluruh Sarawak pada 1 Ogos.

Tujuannya menurut beliau adalah untuk mengalakkan penyertaan semua lapisan masyarakat khas sekali para ahli PPWS dalam aktiviti senaman kecergasan yang boleh menyumbang kepada kesihatan tubuh badan masing-masing selepas ini.

"Malahan Program Senam Tari PPWS 2010 ini juga bertujuan untuk membantu pihak PPWS menambah dana kewangan di kawasan masing-masing menerusi bayaran kupon kehadiran dikalangan peserta.

"Justeru pihak kami berharap agar program berkenaan dapat menyumbang kepada pembentukan budaya gemarkan aktiviti senaman kecergasaan dikalangan diri masing-masing pada masa akan datang," katanya.

Program Senam Tari PPWS 2010 ini kata Khadijah juga mungkin akan dijadikan sebagai aktiviti tahunan pihak PPWS selepas ini.

Turut terlibat sama ialah Penghulu Haji Abdul Samad Abdul Rahim, Kanselor Mas Shamshiah Haji Maslem, Pengerusi PPWS Daerah Sri Aman, Saidah Saibi dan kakitangan kerajaan di bandar ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment