Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 August, 2010

Saya bukan lagi orang PKR - Agnes Chandu


Mugshot: AGNES CHANDU DAUD


ENGKILILI, Selasa (17 Ogos) – Bekas Ketua Pergerakan Wanita, Parti KeAdilan Rakyat (PKR) iaitu Agnes Chandu anak Daud telah menyangkal spekulasi yang menyatakan bahawa dirinya akan menjadi calon wanita untuk bakal bertanding atas tiket parti pembangkang berkenaan pada pilihan raya ini nanti.

Ia merupakan respon beliau kepada media setelah mendapati bahawa namanya tersenarai sebagai calon wanita PKR yang akan bertanding pada pilihan raya kelak sepertimana yang dilaporkan dalam akhbar tempatan di sini pada hari Ahad lepas.

“Saya sama sekali tidak akan menjadi calon wanita PKR pada pilihan raya akan datang. Justeru saya membuat kenyataan ini agar semua orang tahu bahawa saya bukan pihak pembangkang yang mahu melawan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya itu nanti,” katanya.

Agnes memberitahu bahawa dirinya mahu mengikuti jejak langkah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa yang diwar-warkan bakal bertanding atas tiket Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) pada pilihan raya kelak.

Beliau juga telah meluahkan hasratnya untuk menyokong bakal calon SUPP – BN terutama sekali Dr Rayong (jika dipilih) untuk mempertahankan kerusi DUN Engkilili daripada calon pihak pembangkang kelak.

“Saya sudah tidak bersama pihak PKR semenjak berakhirnya pilihan raya kecil DUN Batang Ai pada 4 April tahun lepas. Ini kerana saya merasakan bahawa perjuangan bersama PKR nyata sia-sia selama ini.

“Pihak pembangkang iaitu PKR kerap meluahkan janji palsu kepada diri saya dan juga penduduk sehingga janji terbabit tidak pernah ditunaikan sehingga sekarang. Oleh itu menyertai BN adalah lebih buat saya selepas ini,” menurut beliau.


Jawatan Ketua Pergerakan Wanita PKR Lubok Antu yang dikosongkan oleh Agnes itu kini telah diisi oleh Angela anak Jabeng yang merupakan isteri kepada Beginda Minda.

Sementara itu Donny Stephen dari Rumah Panjang Basi, Engkilili telah diwar-warkan bakal bertanding atas tiket PKR di kawasan DUN Engkilili untuk menentang calon BN pada pilihan raya negeri akan datang.

Spekulasi terbabit mulai timbul apabila beliau dilihat sering bersama Pengarah Pilihan Raya PKR Sarawak iaitu Nicholas Bawin anak Anggat ketika berada di Sri Aman mahupun Lubok Antu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment