Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 August, 2010

RM20 juta sudah masuk bank Kerajaan Negeri


Caption: 1MALAYSIA...Uggah (tiga kanan) bersama (dari kanan sekali) Mujah, Harden, Nyalau, Masir dan Rayong ketika bersama penerima hamper Warga Emas untuk program itu hari ini.

ENGKILILI, Sabtu (21 Ogos) – Projek menyukat Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) milik penduduk di Sarawak dijangka akan dapat bermula dalam masa terdekat kelak apabila peruntukan bernilai RM20 juta untuk tujuan terbabit sudah disalur kepada pihak Kerajaan Negeri pada 17 Ogos lalu.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah anak Embas mengumumkan perkara ini ketika berucap merasmikan Program 1Malaysia Bersama Pemimpin bertempat di Rumah Penghulu Gerang Ancheh, Sungai Keroh, dalam daerah kecil Engkilili, Sri Aman hari ini.

Katanya peruntukan bernilai RM20 juta terbabit sepertimana yang pernah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi tujuan berkenaan sebelum itu membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak omong kosong ketika mengumumkan janji kepada penduduk selama ini.

“Kerajaan BN tidak akan berdusta sama sekali kepada penduduk apabila mengumumkan sesuatu janji kepada mereka. Projek menyukat tanah NCR ini misalnya bakal menjadi kenyataan apabila peruntukan terbabit sudah sampai ke tangan pihak Kerajaan Negeri.

“Usaha terbabit akan dimulakan dalam masa terdekat ini. Justeru saya berharap agar semua pemilik tanah NCR boleh menarik nafas lega dengan adanya penyediaan peruntukan bagi menyukat tanah milik mereka selepas ini,” menurut beliau.

Uggah yang juga Ahli Parlimen Betong turut memberitahu pemilik tanah NCR di negeri ini agar menolak kehadiran pihak pembangkang yang mahu menghasut mereka tentang pelbagai keburukan kerajaan berhubung isu tanah terbabit.

Dakwaan pihak terbabit katanya adalah tidak benar sama sekali dan ia ternyata berjaya dibuktikan menerusi komitmen kerajaan dalam mempastikan tanah NCR milik penduduk sentiasa terpelihara menerusi peruntukan RM20 juta berkenaan.

“Malahan semua pemilik Tanah NCR dalam negeri harus menjaga sebaik mungkin tanah milik masing-masing memandangkan ia adalah aset paling berharga demi mempertingkatkan taraf hidup mereka di masa akan datang.

“Lagipun Tanah NCR boleh mendatangkan hasil rezeki yang amat lumayan kepada setiap para pemiliknya jika tanah berkenaan dapat dieksploitasi dengan cara yang betul atau bijak selepas ini. Justeru usaha menyukat tanah NCR milik penduduk mereka dapat mengembirakan hati masing-masing selepas ini,” katanya.

Uggah menerusi program berkenaan telah meluluskan peruntukan bernilai RM100,000 kepada Rumah Penghulu Gerang Ancheh, Sungai Keroh untuk menyelesaikan masalah tanah yang runtuh di belakang rumah panjang mereka sebelum itu.

Beliau juga turut mengumumkan peruntukan bernilai RM2,000 untuk biro wanita rumah panjang terbabit.

Hadir sama ialah Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis, Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa, Pegawai Daerah Lubok Antu, Nelson Mujah Girie, pegawai JASA dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment