Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 August, 2010

Rakyat perlu bijak buat pilihan - Wahbi


Slug: WahbiBijak + pic 11.08.10

Caption: UNTUK ALBUM...Wahbi (belakang tiga kiri) dan Razi (belakang tengah) ketika bersama penduduk menjayakan program gotong-royong di sini baru-baru ini.

Kopral Abang Daud Abang Junairdy,

IPD Betong

DEBAK, Rabu (11 Ogos) – Rakyat membuat pilihan bijak sekiranya mereka terus memberikan sokongan terhadap kerajaan yang diteraju oleh komponen parti Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Dr Haji Wahbi Junaidi berkata ia disebabkan oleh keupayaan BN dalam mentransformasikan pembangunan di negeri ini semenjak 30 tahun yang lepas.

Penyaluran peruntukan yang besar dan perlaksanaan projek Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) dalam negeri ini katanya sudah cukup menjadi bukti bahawa hanya BN yang boleh membangunkan hidup rakyat.

“Kawasan DUN Saribas juga menerima sejumlah peruntukan yang besar dari kerajaan bagi tujuan pembinaan jalan raya, kemudahan bekalan air, elektrik, pendidikan dan banyak lagi.

“Oleh itu mendengar hasutan pihak pembangkang adalah sia-sia berbanding dengan menyokong kerajaan BN bagi menjayakan segala projek pembangunan dalam negeri kita khas di kawasan Saribas,” menurut beliau.

Wahbi berkata demikian ketika berucap merasmikan Kawasan Baru Tanah Perkuburan Islam Kampung Debak Laut anjuran Jawatankuasa Masjid Darul Iman, Kampung Debak Laut, Debak baru-baru ini.

Selain itu beliau juga mahu rakyat menepis segala tohmahan atau dakyah terhadap kerajaan yang dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab lebih-lebih lagi ketika menjelang pilihan raya akan datang.

Pihak pembangkang kata Wahbi mahu menggunakan rakyat sebagai alat politik mereka untuk mengulingkan kerajaan BN demi kepentingan diri mereka sendiri pada pilihan raya kelak.

“Saya berharap agar rakyat kawasan Saribas tidak mensia-siakan masa depan hidup mereka. Bertindak menyokong pembangkang hanya akan menyebabkan mereka kehilangan peluang untuk menikmati faedah pembangunan di kawasan masing-masing selepas itu,” katanya.

Hadir sama ialah Penghulu Kampung Debak, Abang Kifrawi Abang Rukaili, Pengerusi Dewan Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Debak, Ricky Mohammad Razi Sitam dan Pengerusi Masjid Darul Iman, Kampung Debak Laut, Lola Haji Julai.

Beliau menerusi majlis itu meluluskan peruntukan bernilai RM5,000 untuk tujuan pmbelian kanopi, RM5,000 untuk AJK Masjid Darul Iman, Kampung Debak Laut dan RM3,000 lagi untuk tujuan pembeliaan peralatan memandikan jenazah.

Tamat.

No comments:

Post a Comment