Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 August, 2010

Projek Fasa I Jalan Ulu Lemanak / Ulu Engkari siap - Nyalau


Caption: DEMI RAKYAT...Nyalau (empat kanan) bersama rombongannya ketika meninjau projek fasa I Jalan Ulu Lemanak / Ulu Engkari baru-baru ini.

LUBOK ANTU, Isnin (16 Ogos) – Projek fasa I pembinaan Jalan Ulu Lemanak / Ulu Engkari, Lubok Antu kini sudah siap dibina oleh kerajaan semenjak bulan Julai lepas demikian menurut Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.

Katanya projek fasa I pembinaan Jalan Ulu Lemanak / Ulu Engkari yang merangkumi jalan raya berturap sepanjang 1.7 kilometer itu telah menelan kos belanja sebanyak RM6.5 juta.

“Jalan Ulu Lemanak / Ulu Engkari sepanjang 1.7 kilometer ini bakal memberi manfaat kepada penduduk di kawasan Ulu Sungai Nanga Kesit, Lubok Antu yang tidak mempunyai kemudahan jalan raya sebelum itu.

“Saya berasa amat gembira apabila projek fasa I ini berjaya disiapkan. Justeru diharap agar projek jalan raya terbabit dapat menaikkan status sosioekonomi penduduk kawasan Ulu Sungai Engkari, Lubok Antu selepas ini,” katanya.

Nyalau berkata demikian kepada pemberita ketika melakukan pemantauan terhadap projek pembinaan projek Jalan Ulu Lemanak / Ulu Engkari yang menghubungkan kawasan Lubok Subong hingga ke Sekunyit, Lubok Antu, baru-baru ini.

Selain itu kerajaan kini menurut beliau juga sedang melaksanakan projek fasa II pembinaan Jalan Ulu Lemanak / Ulu Engkari, Lubok Antu yang menelan kos pembelanjaan sebanyak RM35 juta.

Projek fasa II Jalan Ulu Lemanak / Ulu Engkari yang dijangka siap pada tahun hadapan itu kata Nyalau mencakupi pembinaan jalan raya berturap sepanjang 8.5 kilometer dalam kawasan itu.

“Secara keseluruhan projek pembinaan Jalan Ulu Lemanak / Ulu Engkari, Lubok Antu ini menelan kos pembinaan sebanyak RM41.5 juta dengan panjang keseluruhan jalan mencapai jarak 10.2 kilometer.

“Justeru saya meminta kerjasama daripada semua penduduk dalam kawasan Lubok Subong hingga Sekunyit, Lubok Antu untuk sama-sama menyokong kerajaan Barisan Nasional bagi menjayakan projek pembinaan jalan raya terbabit selepas ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment