Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 August, 2010

Program pembangunan tanah percepat proses pembangunan


Mugshot: MONG ANAK DAGANG

LINGGA, Khamis (19 Ogos) - Program pembangunan tanah yang dilaksanakan oleh kerajaan sebelum dan selepas ini dilihat sebagai salah satu peluang bagi mempercepatkan proses kemasukan jalan raya ke seluruh kawasan terpencil dalam negeri Sarawak.

Menteri Muda Pertanian, Mong anak Dagang berkata ia dilihat sebagai jalan keluar terbaik untuk mengatasi masalah perhubungan di kawasan luar bandar selain daripada perlaksanaan projek jalan raya yang diusahakan oleh kerajaan.

Oleh itu beliau menasihatkan penduduk luar bandar khasnya di kawasan Sri Aman agar tidak melepaskan peluang untuk menyertai program pembangunan tanah yang diusahakan oleh kerajaan dengan kerjasama pemaju swasta selepas ini.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap akan membina kemudahan jalan raya di kawasan luar bandar mahupun di pedalaman walaupun ia mengambil masa yang agak lama untuk dilaksanakan.

“Namun demikian usaha kerajaan untuk membina kemudahan perhubungan ke kawasan luar bandar dapat dipertingkat dengan pantas sekiranya penduduk menyertai program pembangunan tanah di kawasan masing-masing selepas ini,” katanya.

Mong yang juga Menteri Muda Pelancongan dan Warisan berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Dialog Bersama Pemimpin bertempat di Engkeranji, Lingga baru-baru ini.

Selain itu perlaksanaan program pembangunan tanah kata beliau juga secara tidak langsung akan dapat mempertingkatkan status ekonomi penduduk yang menyertai program berkenaan di masa akan datang.

“Paling penting ialah ketua kaum perlu menyebar kebaikan program pembangunan tanah dikalangan anak buah masing-masing,” katanya sambil mendakwa ramai penduduk berasa tidak puashati terhadap kerajaan gara-gara disebabkan oleh sikap ketua kaum berkenaan.

Terdahulu Mong menerusi majlis berkenaan telah menyampaikan cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM55,000 JKKK, biro wanita, gereja di kawasan Banting enggau Kerepok.

Tamat.

No comments:

Post a Comment