Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

25 August, 2010

Pertahankan kerusi BN - Rayong


Caption: PENGHARGAAN...Masir (kanan) menerima cenderamata daripada Tr Gerang (kiri) sambil disaksikan oleh (dari kanan sekali), Harden, Uggah, Nyalau dan Rayong pada majlis itu.

ENGKILILI, Selasa (24 Ogos) – Seluruh rakyat diseru untuk mempertahankan setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) milik Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya negeri akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa berkata demikian ketika berucap pada Program 1Malaysia Bersama Pemimpin bertempat di Rumah Penghulu Gerang Ancheh, Sungai Keroh, dalam daerah kecil Engkilili, Sri Aman baru-baru ini.

Menurut beliau, rakyat mempunyai sebab yang cukup munasabah untuk terus menyokong kerajaan yang didokong oleh komponen parti BN antaranya ialah kemampuan untuk melaksana projek pembangunan demi kebajikan hidup mereka dari masa ke semasa.

“BN mempunyai perbezaan yang cukup besar berbanding pihak pembangkang yang datang menemui rakyat pada hari-hari biasa mahupun ketika menjelang musim pilihan raya di negeri ini.

“Pembangkang datang menemui rakyat hanya dengan cakap-cakap kosong. Mereka tiada sumber untuk ‘menyuntik’ projek pembangunan terhadap rakyat berbanding BN yang datang menemui mereka dan terus melaksana projek pembangunan demi kebajikan mereka selepas itu,” katanya.

Sementara itu Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis ketika berucap pada majlis itu menggesa rakyat agar tidak melepaskan peluang untuk menikmati segala kemudahan yang disediakan oleh BN terhadap mereka selepas ini.

“Kemudahan pendidikan merupakan peluang yang paling penting untuk dimanfaatkan oleh rakyat kerana ia menerusi anak-anak bakal menentukan masa depan hidup mereka selepas ini,” katanya.

Harden pada majlis itu telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar bernilai RM3,000 untuk JKKK Rumah Gerang Anceh dan RM2,000 lagi untuk biro wanita rumah panjang berkenaan.

Program 1Malaysia Bersama Pemimpin itu telah dirasmikan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah anak Embas. Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat dan Pegawai Daerah Lubok Antu, Nelson Mujah Girie.

Uggah menerusi program berkenaan telah meluluskan peruntukan bernilai RM100,000 kepada Rumah Penghulu Gerang Ancheh, Sungai Keroh untuk menyelesaikan masalah tanah yang runtuh di belakang rumah panjang mereka sebelum itu.

Beliau juga turut mengumumkan peruntukan bernilai RM2,000 untuk biro wanita rumah panjang terbabit.

Tamat.

2 comments:

  1. rayong depan rakyat cakap lain. rayong dah kawin baru sedangkan masih ada anak bini. yb apa macam ni. mungkin dah trend yb sarawak. bila dah jd yb lupa anak bini, depan rakyat cakap lain tapi belakang rakyat perangai entah apa2. rayong kawin dgn melayu di desa wira

    ReplyDelete
  2. Penulis tidak mahu mengulas lanjut tentang isu peribadi individu lain. Kalau tahu biarlah simpan di hati ;)

    ReplyDelete