Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 August, 2010

Perpaduan tunjang pembangunan negara - Simoi


Caption: HORMAT...Simoi (tengah) sambil diapit oleh (dari kiri sekali) Delin, Dirwana, Shamshuddin dan Awang Magrib ketika berlangsungnya upacara nyanyian lagu NegaraKu pada majlis itu.

SRI AMAN, Ahad (8 Ogos) – Perpaduan merupakan kunci utama kepada asas pembangunan negara khasnya negeri ini di masa akan datang kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri.

Katanya perpaduan memainkan peranan penting dalam menyatupadukan semua penduduk berbilang kaum dalam negara ini selari dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan Malaysia menerusi perlaksanaan Gagasan 1Malaysia.

“Sejarah telah membuktikan bahawa pertelingkahan kaum menyumbang kepada kemunduran sesebuah negara kerana ia menyukarkan usaha kerajaan mereka untuk melaksanakan pembangunan di dalam negara terbabit sebelum itu.

“Justeru saya mahu semua pihak meneliti sedalam-dalam perkara ini. Perpaduan adalah asas penting untuk memajukan negara kita kerana Malaysia terdiri daripada penduduk berbilang kaum dan berlainan agama semenjak kita mengecapi kemerdekaan kira-kira 43 tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Karnival Tunas Jiran dan Sukaneka Tabika Perpaduan Bahagian Sri Aman 2010 bertempat di Mini Stadium Sri Aman malam tadi.

Dengan adanya hubungan perpaduan yang utuh dikalangan penduduk berbilang kaum dalam negeri ini, Simoi yakin Gagasan 1Malaysia akan dapat dilaksanakan dengan penuh lancar di masa akan datang.

Ia tambah beliau juga secara tidak langsung juga akan dapat menyumbang kepada usaha kerajaan bagi menjayakan lagi segala projek pembangunan menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA.

“Kesemua ini hanya boleh dicapai sekiranya penduduk berbilang kaum dapat mengekalkan hubungan perpaduan yang utuh dikalangan diri masing-masing untuk sepanjang masa.

“Justeru saya menyeru semua pertubuhan untuk sama-sama membantu kerajaan dalam menjayakan segala aktiviti atau program bercorak perpaduan pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sarawak, Dirwana Haji Azool, Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sarawak, Delin Liet Blaun, Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji, Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman, Mohamad Yusli Nassir, Pengerusi Pengelola Bersama, Awang Magerib Awang Ani, para ketua jabatan dan ketua kaum di sini.

 
Program anjuran Pejabat Perpaduan dan Intergrasi Naisonal Sri Aman dengan kerjasama jawatankuasa penyelaras Tabika Perpaduan Kampung Hilir Alamanda dan KRT Kampung Hilir ini diseriahkan dengan program Senaman Integrasi, Pertandingan Lukis dan Warna Keluarga Bahagia, Sukaneka Perpaduan, Pertandingan Street Soccer dan Pertandingan Pakaian Beragam 1 Malaysia.
 
Tamat.

No comments:

Post a Comment