Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 August, 2010

Penduduk Lubok Antu alamai gangguan bekalan air selama dua hari

LUBOK ANTU, Jumaat (20 Ogos) – Penduduk di kawasan Lubok Antu bakal mengalami gangguan bekalan air apabila alat pengempam air atau ‘swicth board’ di Loji Penapisan Air, Jabatan Kerja Raya (JKR) di Sebeliau, Lubok Antu ditenggelami air bah bermula malam tadi.

Jurucakap loji berkenaan ketika dihubungi memberitahu air dari Sungai Lemanak telah melimpah keluar sehingga menyebabkan banjir yang mengagalkan fungsi peralatan berkenaan untuk mengepam air ke dalam loji JKR Sebeliau terbabit.

“Masalah banjir yang berpunca dari Sungai Lemanak, Lubok Antu ini telah menyebabkan pihak JKR Sebeliau tidak dapat mengepam air dan seterusnya melakukan kerja rawatan air di sini.

“Kami bimbang masalah ini mungkin akan menyebabkan penduduk di kawasan Lubok Antu tidak menerima bekalan air bersih dari JKR di Sebeliau dalam tempoh dua hari mulai sekarang,” menurut jurucakap berkenaan.

Sehingga berita ini ditulis, jurucakap terbabit juga memberitahu bahawa tahap air yang melimpah keluar dari Sungai Lemanak masih berada di tahap tinggi iaitu melebihi empat kaki dan adalah amat mustahil untuk pihaknya melakukan kerja mengepam air buat masa sekarang.

Masalah terbabit yang berlaku kali kedua semenjak tahun 2000 dahulu menurut beliau sememangnya tidak dapat dielakkan ekoran musim hujan tidak menentu yang mula melanda kawasan ini lebih seminggu lalu.

“Penduduk Lubok Antu sememangnya akan melakukan aduan jika berlaku masalah tiada bekalan air. Bagaimanapun diharap agar penduduk Lubok Antu faham bahawa kejadian banjir telah menyebabkan JKR di Sebeliau tidak boleh mengepam air disebabkan oleh masalah ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment