Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 August, 2010

Penduduk kampung Hilir adakan gotong royong bulan ramadan


Caption: SERIKAN RAMADHAN...Penghulu Salleh (duduk tengah) ketika merakamkan gambar kenang-kenangan bersama penduduk ketika berlangsungnya program berkenaan baru-baru ini.

SRI AMAN, Selasa (10 Ogos) – Kedatangan sambutan Bulan Ramadan pada kali ini telah diserikan dengan aktiviti gotong-royong membersihkan Surau Kebahagian Kampung Hilir di sini baru-baru ini.

Jurucakap penganjur ketika ditemui memberitahu aktiviti gotong-royong membersihkan Surau Kebahagian Kampung Hilir ini telah melibatkan penyertaan seramai 30 orang penduduk dari empat buah pertubuhan dalam kawasan Kampung Hilir Sri Aman.

Empat buah pertubuhan ini katanya ialah Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Hilir, Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Tanjung Engkabang, Unit Saberkas Kampung Hilir dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Hilir.

“Gotong-royong membersihkan surau dianggap sebagai satu aktiviti murni bagi menyerikan rumah ibadat Tuhan lebih-lebih lagi ketika menjelang kedatangan bulan Ramadan kelak.

“Justeru diharap agar aktiviti seumpama ini mampu dibudayakan dikalangan penduduk Kampung Hilir bukan hanya ketika menjelang sambutan Bulan Ramadan saja malah pada hari biasa,” katanya.

Selain itu beliau juga yakin bahawa aktiviti gotong-royong seumpama ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan tali-silaturahim dikalangan penduduk Kampung Hilir pada masa akan datang.

“Malahan aktiviti ini juga dapat mewujudkan hubungan kerjasama dikalangan penduduk dari masa ke semasa. Diharapkan agar aktiviti ini dapat menyerikan suasana sambutan Bulan Ramadan selepas ini,” katanya.

Turut terlibat sama dalam aktiviti ini ialah Penghulu Haji Mohd Salleh, Kanselor Mas Shamsiah Haji Maslem, Pengerusi PPWS, Nur Khadijah, Pengerusi Bencana BSMM cabang Sri Aman, Mas Mashore Haji Maslem dan penduduk dari Kampung Hilir.

Tamat.

No comments:

Post a Comment