Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 August, 2010

Pasukan Zaimie Team juara Piala Bolasepak Piala Harden 2010



Caption:

1.TAHNIAH...Harden (kiri) menyampaikan piala pusingan kepada pasukan juara iaitu Zaimie Team sambil disaksikan oleh (hadapan dari kiri) Mat Jusoh, Shamshudin dan Zaidil (kanan sekali) sebaik sahaja tamat perlawanan.

2. UNTUK ALBUM...Harden (belakang tengah) bergambar kenangan bersama pasukan Zaimie Team dan Datila sebelum bermulanya perlawanan akhir kelmarin.

- 8 Ogos

Abdul Mutalif Tamin dan Awang Saifullah Awang Yaman muncul wira apabila memastikan juara Pertandingan Bolasepak Piala YB Datuk Francis Harden anak Hollis ADUN N.27 Simanggang menjadi milik pasukan Zaimie Team menerusi perlawanan akhir yang berlangsung di padang Kompleks Sukan Sri Aman petang kelmarin.

Kedua-dua pemain ini masing-masing menjaringkan satu gol untuk membolehkan Pasukan Zaimie Team mencatat kemenangan tipis menerusi jaringan gol 2-1 ke atas pasukan Datila FC pada perlawanan akhir yang bermula pada jam 4.15 petang kelmarin.

Zaimie Team menerusi pemainnya iaitu Mutalif telah menjaringkan gol pertama perlawanan menerusi sepakan leret pada jarak lima meter dari gawang gol lawan sekaligus menumpaskan penjaga gol Datila FC iaitu Mackenzie Richard Riot pada minit ke-63 perlawanan berkenaan.

Bagaimanapun pasukan Datila FC berjaya menyamakan kedudukan menerusi pemainnya iaitu Aidridge Dato yang berjaya mengekploitasi kesilapan empat pemain pertahanan Zaimie Team dan seterusnya melakukan sepakan kencang sehingga menewaskan penjaga gol lawan iaitu Awang Zaharuddin pada minit ke-69 perlawanan.

Hasrat pasukan Datila FC untuk membawa pasukan Zaimie Team ke perlawanan masa tambahan dalam pertandingan ini akhirnya berkecai apabila Awang Saifullah berjaya menyempurnakan sepakan ‘equalizer’ pada jarak 25 meter dari gawang gol lawan dan menumpaskan penjaga gol mereka pada minit ke-80 perlawanan.

Pasukan Zaimie Team terus menahan asakan pasukan Datila FC ke atas gawang gol mereka sehingga pengadil meniup wisel sebagai tanda penamat perlawanan dan seterusnya mengesahkan kejuaraan mereka terhadap pertandingan berkenaan.

Terdahulu babak separuh masa perlawanan pertandingan ini menyaksikan pasukan Datila FC terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain apabila pemain mereka Trevor Saga dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain Zaimie Team.

Datila FC dilihat berjaya mengagalkan hasrat pasukan Zaimie Team untuk meraih jaringan gol yang lebih banyak pada perlawanan itu setelah mempamerkan aksi serangan balas yang berbahaya sehingga memaksa pasukan juara untuk bertahan dalam perlawanan berkenaan.

Majlis penyampaian piala dan hadiah kepada pasukan pemenang telah disempurnakan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis sebaik sahaja tamat perlawanan berkenaan.

Hadir sama ialah Residen Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji, Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh Muhammad, Timbalan Pengerusi Persatuan Bolasepak Sri man (FASA), Saperi Abdullah dan setiausahanya Zaidil Haji Ripin.

Perlawanan yang disaksikan oleh 300 orang penduduk ini menyaksikan pasukan Zaimie Team membawa pulang hadiah berupa Piala Pusingan YB Datuk Francis Harden Hollis, piala iringan, pingat dan hadiah wang tunai bernilai RM1,500.

Manakala itu pasukan naib juara, Datila FC pula membawa pulang piala iringan, pingat dan hadiah wang tunai bernilai RM1,000. Pasukan pemenang bersama tempat ke-3 iaitu AY17 dan RTB QBII membawa pulang piala iringan, pingat dan hadiah wang tunai bernilai RM500.

Pertandingan Bolasepak Piala YB Datuk Francis Harden anak Hollis ADUN N.27 Simanggang yang melabuhkan tirai perlawanan bermula 3 Julai lepas menyaksikan pasukan SADIA, RTD QB II, Zaimie Team, PDRM, PRI DEPT, AY 17, Datila FC dan Sokanjaya berentap untuk merampas kejuaraan pertandingan berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment