Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 August, 2010

Norliana Safri dari Betong rayu ayah kandung pulang jadi wali nikah

SRI AMAN, Isnin (16 Ogos) – Seorang wanita dari Kampung Tanjong Saratok, Betong merayu bapanya agar pulang segera ke rumah untuk menjadi wali pernikahan beliau pada 21 Ogos ini nanti.

Norliana binti Safri, 18, menerusi wakil pihaknya ketika menghubungi Utusan Sarawak hari ini memberitahu bapanya, Mohd Safri bin Abdullah @ Rangking anak Jubang, pemegang kad pengenalan 690325-13-5767 telah menghilang semenjak 11 tahun lepas.

“Kali terakhir beliau (Norliana) menemui bapanya ialah ketika menuntut dalam darjah 4. Sehingga kini si anak tidak pernah berjumpa dengan bapanya, Safri semenjak pertemuan terbabit.

“Kini Norliana tinggal bersama ibunya iaitu Jauyah binti Maujuih dan akan melangsungkan pernikahan dengan seorang lelaki dari Pusa, Betong di Majlis Islam Betong pada tarikh yang dinyatakan,” menurut beliau.

Bagaimanapun sekiranya si bapa tidak dapat hadir maka keluarga Norliana meminta beliau untuk mengirim surat pengesahan pernikahan ini ke alamat No.353, Kampung Tanjong Saratok, Betong sebelum 21 Ogos ini.

“Respon si bapa berhubung perkara ini amat diperlukan oleh keluarga Norlia. Si anak mahu melangsungkan pernikahannya pada 21 Ogos ini dan memerlukan si bapa menjadi wali pernikahan.

“Keluarga Norliana sedar kali terakhir bapanya dikesan dahulu adalah di Sibu. Oleh itu diharap agar rakan atau saudara-maranya memaklumkan perkara terbabit kepada beliau sekiranya terbaca berita berkenaan dalam akhbar Utusan Sarawak selepas ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment