Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 August, 2010

MRP bukti keprihatinan BN kepada penduduk


Caption: MANFAATKAN...Simoi (kiri) menyampaikan cek MRP kepada Penghulu Samad (kanan) sambil disaksikan oleh Bujang (dua kiri) pada majlis terbabit.


SRI AMAN, Isnin (23 Ogos) – Peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada penduduk adalah merupakan bukti keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menaiktaraf hidup mereka selama ini.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri berkata pembangunan untuk penduduk daripada kerajaan BN datang dari pelbagai cara dan salah satunya adalah penyaluran peruntukan MRP.


“Pemberian peruntukan MRP oleh kerajaan kepada persatuan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta lain-lain pertubuhan adalah merupakan bukti bahawa BN tidak berat sebelah dalam menaiktaraf hidup penduduk.


“Justeru saya berharap agar penduduk yang menerima peruntukan MRP daripada kerajaan BN memanfaatkan sepenuhnya peruntukan terbabit demi kebaikan masa depan hidup mereka selepas ini,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Geran Kerajaan yang berlangsung di bilik persidangan, Pejabat Daerah Sri Aman hari ini.


Sementara itu Simoi juga berharap agar penduduk terus menyokong penuh Dasar Politik Pembangunan yang diperkenalkan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud semenjak 30 tahun lalu.


“Dasar Politik Pembangunan amat penting kerana ia menyatu-padukan semua penduduk berbilang kaum dalam negeri ini bagi mewujudkan satu platform politik yang stabil dan seterusnya menjadi pemangkin pembangunan utama.


“Justeru saya menyeru semua penduduk untuk sama-sama menyokong penuh Dasar Politik Pembangunan Ketua Menteri agar Sarawak mampu mencapai taraf sebagai sebuah negeri termaju dalam Malaysia pada masa hadapan,” katanya.


Terdahulu Simoi menerusi majlis itu telah menyampaikan cek MRP yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM193,000 kepada 34 buah pertubuhan bukan kerajaan, persatuan dan JKKK dalam kawasan Sri Aman.


Hadir sama ialah Pegawai Daerah Sri Aman, Bujang Haji Mudin, Penghulu Haji Mohd Salleh Haji Kawi, Penghulu Haji Abdul Samad Abdul Rahim, Timbalan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lingga, Bakthiar Mathan dan Pegawai JASA DUN Lingga, Sulaiman Amut.

Tamat.

No comments:

Post a Comment