Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 August, 2010

Meriahkan Pesta Jualan SK Abang Aing pada Sabtu ini

SRI AMAN, Khamis (5 Ogos) – Orang ramai dijemput untuk hadir beramai-ramai bagi memeriahkan penganjuran Hari Jualan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Aing pada hari Sabtu ini.

Setiausaha PIBG SK Abang Aing, Masiah binti Masaid menerusi kenyataan beritanya memberitahu Hari Jualan PIBG SK Abang Aing ini nanti akan berlangsung di sekolah berkenaan bermula dari jam 7.30 pagi hingga 1 petang menerusi hari yang dimaklumkan.

“Tujuan utama Hari Jualan PIBG SK Abang Aing ini diadakan adalah untuk membolehkan orang ramai mendapatkan pelbagai produk yang ditawarkan oleh peniaga di sini bermula dari masa yang dinyatakan.

“Pelbagai produk menarik akan ditawarkan menerusi Hari Jualan PIBG SK Abang Aing ini nanti bermula dari produk makanan hinggalah ke produk jualan pakaian atau kraftangan,” menurut beliau.

Selain itu Masiah juga memberitahu bahawa Hari Jualan PIBG SK Abang Aing terbabit secara tidak langsung akan menghimpunkan semua penduduk berbilang kaum dalam Bandar Sri Aman pada hari berkenaan.

Dengan kata lain pesta terbabit kata beliau sekaligus dapat menyahut seruan kerajaan dalam memperkukuhkan lagi perlaksanaan konsep Gagasan 1Malaysia seperti yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

“Hari Jualan PIBG SK Abang Aing ini akan dirasmikan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis pada jam 8 pagi bertempat di sekolah berkenaan.

“Justeru penduduk Sri Aman dinasihat agar tidak melepaskan peluang berkenaan pada hari Sabtu ini nanti bagi sama-sama memeriahkan sambutan Hari Jualan PIBG SK Abang Aing,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment