Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 August, 2010

Menabung untuk masa depan anak2


Caption: TERIMALAH....Mong (tiga kiri) ketika sedang menyampaikan insentif kepada seorang wakil penerima pada majlis berkenaan.


SRI AMAN, Isnin (2 Ogos) – Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) perlu mengambil inisiatif khas untuk memacu pencapaian akademik yang cemerlang dikalangan anak-anak rumah panjang masing-masing selepas ini.

Justeru Menteri Muda Pelancongan dan Warisan, Mong anak Dagang mencadangkan agar setiap rumah panjang terutama sekali dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan menubuhkan tabung pendidikan masing-masing bagi menjayakan usaha berkenaan.

“Penubuhan tabung pendidikan amat penting demi membantu anak-anak rumah panjang menyambung pelajaran ke peringkat tinggi seperti ke kolej atau universiti dengan adanya bantuan kewangan daripada tabung berkenaan.

“Dengan berbuat demikian JKKK memainkan peranan penting dalam menaiktaraf sosiol penduduk dari segi hal ehwal pendidikan disamping membangunkan kawasan masing-masing di masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam anjuran JKKK Rumah Lani, Entulang Jalai Sri Aman di sebuah restoran tempatan dalam bandar ini malam kelmarin.

Selain itu Mong juga mendakwa bahawa terdapat segelintir ibubapa yang bertindak pada saat akhir ketika anak masing-masing diumumkan berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti atau kolej sebelum ini.

“Ia kesilapan terbesar ibubapa apabila tidak menabung pada saat anak mereka menuntut di sekolah rendah atau sekolah menengah sebelum mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

“Oleh itu bergantung harap kepada JKKK sahaja untuk tujuan itu tidak wajar. Ibubapa itu sendiri haruslah mula menabung mulai sekarang agar anak-anak tidak berhadapan dengan masalah untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas ini,” katanya.

Mong menerusi majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM6,000 kepada JKKK Rumah Lani, Entulang Jalai manakala RM6,000 lagi untuk unit biro wanita rumah panjang berkenaan.

Tamat....

No comments:

Post a Comment