Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 August, 2010

Main peranan proaktif untuk tingkatkan sosioekonomi


Caption: PENGHARGAAN...Latip (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Harden (kanan) ketika berlangsungnya majlis berkenaan malam tadi.

SRI AMAN, Isnin (2 Ogos) – Semua lapisan masyarakat perlu memainkan peranan lebih proaktif dalam mempromosi aktiviti sosioekonomi yang positif demi menaiktaraf status sosioekonomi mereka selepas ini.

Menteri Muda KemajuanTanah, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata peranan berkenaan perlu dilaksana dengan satu matlamat untuk mencapai kejayaan dalam keadaan aman, harmoni dan stabil.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Program Sepakat Bestari anjuran Jabatan Penerangan Daerah Sri Aman bertempat di Dewan Suarah Sri Aman malam kelmarin.

Selain itu kata Harden program yang dikendali oleh Komuniti Bestari berperanan penting dalam menghimpunkan masyarakat dari pelbagai bangsa, agama dan berlainan kaum untuk mengekpoitasi semua hasil kraftangan dan pertanian dikalangan mereka.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) juga memberitahu progres sosioekonomi dapat dinikmati dalam masa yang singkat jika adanya hubungan kerjasama di antara lapan buah komuniti bestari dalam kawasan Sri Aman dan dua lagi di Lubok Antu.

Harden juga melahirkan rasa bangga terhadap beberapa buah aktiviti dalam program ini yang yang melibatkan semua lapisan masyarakat antaranya ialah Merdeka Run, 1Malaysia Aerobic, pertandingan futsal dan pertandingan mewarna.

“Hubungan positif seperti ini secara tidak langsung dapat membentuk kuasa yang membolehkan masyarakat menghadapi sebarang cabaran untuk menyingkirkan elemen negatif yang mampu memusnahkan masyarakat mereka di masa akan datang,” katanya.

Harden juga mendesak masyarakat untuk menyemai semangat patriotisme menerusi penganjuran pelbagai aktiviti yang dapat menghormati Malaysia dan Bendera Jalur Gemilang sepanjang bulan Ogos ini.

Hadir sama ialah Pegawai Penerangan Daerah Sri Aman, Abdul Latip Shamshuddin, Pegawai Penerangan Daerah Lubok Antu, James Rosli dan Pegawai Tadbir Sarawak (SAO) Zaidil Sarkawi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment