Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 August, 2010

Lubok Antu alami tanah runtuh dan banjir





Caption:

1. PUTUS...Insiden tanah runtuh di kawasan Nanga Pan, Lubok Antu menyebabkan penduduk dari kawasan Ulu Batang Ai dan Ulu Engkari terputus hubungan dengan dunia luar hari ini.

2. BAHAYA...Gambar menunjukkan paras air Sungai Lubok Antu yang meningkat dan seterusnya melimpah keluar ke kawasan darat berdekatan Pekan Lubok Antu pagi hari ini.

Original picture by Desmond Douglas Jerukan,

Timbalan Residen Sri Aman

LUBOK ANTU, Jumaat – Penduduk termasuk pelancong dari kawasan Ulu Engkari / Ulu Batang Ai dipercayai terkandas hari ini gara-gara disebabkan oleh keadaan air berbahaya di tasik empangan Hidroelektrik Batang Ai dan juga insiden tanah runtuh yang berlaku di situ hari ini.

Sumber dari tempat kejadian memberitahu faktor hujan lebat tanpa henti yang bermula semenjak lewat petang kelmarin telah menyebabkan air sungai mengalir deras dan amat berbahaya kepada penduduk yang mahu mengunakan bot atau perahu di kawasan Ulu Engkari dan Batang Ai.

Lagipun hujan lebat terbabit juga menyebabkan berlakunya insiden tanah runtuh di kawasan Nanga Pan (berdekatan rumah mendiang Kaunselor Lanja Malong), Jalan Batang Ai, Lubok Antu yang menyebabkan penduduk dari kawasan Buie, Skarok serta dari kawasan ulu ke atas terputus hubungan dengan dunia luar hari ini.

Utusan Sarawak juga turut dimaklumkan bahawa terdapat enam buah lagi insiden tanah runtuh dilaporkan berlaku di kawasan Lubok Antu hari ini tanpa ada sebarang kemalangan jiwa yang disebabkan oleh faktor cuaca buruk berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai, Malcom Mussen Lamoh bersama dengan Timbalan Residen Sri Aman, Desmond Douglas Jerukan telah turun padang untuk meninjau insiden tanah runtuh terbabit sebelum pihak Jabatan Kerja Raya datang bagi membersihkan semula laluan tanah runtuh berkenaan.

Kejadian banjir juga turut dilaporkan berlaku di kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Sbangki apabila paras air mencecah ketinggian sehingga empat kaki sehingga menyebabkan penduduk tidak dapat menggunakan laluan jalan raya di situ pagi tadi.

Sementara itu Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak dan ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa telah ‘kempunan’ untuk menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Melina, Merio, Lubok Antu pada jam 10 pagi hari ini.

Ini kerana jambatan kayu terbelian yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Merio menuju ke rumah panjang berkenaan telah musnah disebabkan faktor arus sungai yang deras kerana hujan lebat pada pagi hari ini.

Insiden ini secara tidak langsung juga telah menyebabkan pegawai jabatan penerangan dan penduduk dari dua buah rumah panjang di kawasan Merio terputus hubungan dengan dunia luar buat sementara waktu.

Dijangka penduduk dari kedua-dua rumah panjang berkenaan akan membina jeti kayu sementara menanti pembinaan semula jambatan baru di Sungai Merio yang kini sedang diusahakan oleh Nyalau dan Rayong secepat mungkin.

Tamat.

No comments:

Post a Comment