Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 August, 2010

Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman terima MRP



Caption: UNTUK ALBUM...Harden (duduk tengah) sambil diapit oleh Sii (kiri), Philip (kanan), Elison (tengah belakang) bersama AJK bergambar kenangan sebaik sahaja tamat majlis berkenaan.

SRI AMAN, Isnin (16 Ogos) – Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman kini boleh mengorak langkah baru dalam usaha mereka untuk mengalakkan penyertaan rakyat dalam aktiviti kecergasaan dan kesihatan apabila menerima peruntukan bernilai RM10,000 daripada kerajaan.

Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman telah menerima cek peruntukan terbabit daripada Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis menerusi Majlis Penyampaian Cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) yang berlangsung di Pejabat Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) cawangan Simanggang hari ini.

Timbalan Pengerusi Kelab Gimnasium Rakyat Sri Aman, Elison Lingoh ketika ditemui pada majlis itu memberitahu sebuah mesyuarat akan diadakan bersama pihak pengerusi dan ahli jawatankuasa kelab yang lain bagi membincangkan penggunaan duit peruntukan terbabit selepas ini.

“Dengan adanya peruntukan bernilai RM10,000 pihak kelab yakin akan dapat menambah beberapa kemudahan atau peralatan penting dalam pusat Gimnasium Rakyat Sri Aman berkenaan bagi tujuan pengguna.

“Kita percaya peruntukan ini akan dapat menarik kedatangan lebih ramai pengguna ke pusat Gimnasium Rakyat Sri Aman dengan adanya kemudahan dan peralatan baru pada masa akan datang,” menurut beliau.

Sementara itu beliau juga memberitahu bahawa pusat Gimnasium Rakyat Sri Aman kini masih lagi menerima jumlah kedatangan pengguna yang amat mengalakkan semenjak dibuka pada tahun 2008 dahulu.

“Harga kemasukan ke pusat kemudahan ini masih berada pada RM1 seorang bagi sekali kemasukan. Justeru orang ramai digalak untuk berkunjung ke pusat kemudahan terbabit untuk tujuan senaman selepas ini,” katanya.

Terdahulu rombongan kelab yang diketuai oleh beliau pada majlis berkenaan turut disertai oleh beberapa orang AJK kelab yang lain termasuk Philip Aron, Morgan Alban, Yakob Zamahari, Isaac Stalin Simon dan penulis sendiri.

Harden telah menyampaikan cek peruntukan MRP yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM110,000 kepada 30 buah jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung, persatuan dan sekolah dalam kawasan Sri Aman.

Hadir sama untuk menyaksikan majlis ini ialah Pemanca Sii Toh Peng, Penghulu Lee Siang Hua, Kaunselor Sawing anak Sumar, setiausaha sulit kepada Harden iaitu Jerome Runggol dan ahli SUPP Simanggang yang lain.

Tamat.

No comments:

Post a Comment