Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 August, 2010

Karnival Autshow TopGear 7 - 8 Ogos ini


Caption: UMUM...Awang (tengah) ketika ditemui Utusan Sarawak berhubung penganjuran Karnival Autoshow bermula 7 hingga 8 Ogos ini.

SRI AMAN, Isnin (2 Ogos) – Kelab TopGear Motorsport Sri Aman akan menganjurkan Karnival Ke-2 TopGear Autoshow 2010 bertempat di Taman Panorama Benak, dalam Bandar Sri Aman pada 7 hingga 8 Ogos ini.

Pengerusinya Awang Zainuddin Awang Ahmad ketika ditemui memberitahu karnival ini bertujuan untuk mencari bakat baru dikalangan peserta dari segi kreativiti masing-masing dalam bidang seni permotoran.

“Karnival Ke-2 TopGear Autoshow 2010 ini juga merupakan satu inisiatif daripada pihak kita untuk mendedahkan kepada orang ramai mengenai kemampuan golongan belia Sri Aman untuk menganjurkan karnival seperti itu,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak kelmarin.

Untuk menjayakan Karnival Ke-2 TopGear Autoshow 2010 ini pihaknya menurut beliau bakal mengadakan empat buah acara antaranya ialah Pertandingan Autoshow Motorsikal dan Skuter, Pertandingan Autoshow Motorsikal Klasik, Pertandingan X-Treme Basikal dan Sukaneka.

Kesemua empat buah pertandingan yang diadakan dalam Karnival Ke-2 TopGear Autoshow 2010 ini kata Awang adalah dibuka kepada semua penduduk dalam negeri Sarawak pada tarikh yang dinyatakan.

“Karnival Ke-2 TopGear Autoshow 2010 ini akan bermula dari jam 9 pagi hingga malam pada 7 Ogos manakala jam 9 pagi hingga 1 petang pada 8 Ogos. Justeru penduduk Sarawak dijemput untuk menyertai kesemua acara yang dipertanding dalam karnival terbabit pada 7 hingga 8 Ogos kelak,” katanya.

Kelab TopGear Motorsport Sri Aman kata Awang lagi bakal menjanjikan hadiah menarik berupa wang tunai, piala dan sijil penyertaan kepada semua peserta yang bakal bersaing dalam pertandingan terbabit.

Tamat.

No comments:

Post a Comment