Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 August, 2010

Jayakan matlamat pendidikan NKRA

Mugshot: WILLIAM NYALAU BADAK

ENGKILILI, Khamis (5 Ogos) – Matlamat pendidikan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) boleh dicapai jika guru terus berusaha untuk memastikan para pelajar di sesebuah sekolah mencapai tahap akademik yang memberangsangkan selepas ini.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Merarau 2010 anjuran Persatuan Ibubapa dan Guru (SK) Sekolah Kebangsaan Engkilili No .2 di sini baru-baru ini.

“Pelajar bergantung sepenuhnya kepada guru untuk menimba pelbagai ilmu pengetahun di sekolah. Dengan kata lain peranan guru menyumbang sepenuhnya kepada harapan kerajaan untuk mencapai sasaran pendidikan dikalangan pelajar menerusi NKRA di masa akan datang.

“Lagipun guru digalak untuk menggunakan sepenuhnya kemudahan pendidikan terkini di sekolah masing-masing dengan harapan agar para pelajar dapat mencapai prestasi akademik yang lebih cemerlang menerusi matlamat NKRA ini nanti,” katanya.

Selain itu beliau juga berharap agar SK Engkilili No.2 mampu melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang selepas ini memandangkan sekolah rendah berkenaan memiliki kemudahan pendidikan yang terbaik di Lubok Antu pada masa sekarang.

Oleh itu beliau menasihat pihak guru dan ibubapa bagi pelajar sekolah berkenaan dapat mencari jalan bagi mempertingkatkan lagi mutu pencapaian akademik anak masing-masing selepas ini.

“Ini kerana para ibubapa juga mempunyai hubungan yang rapat dengan anak-anak yang menuntut di sesebuah sekolah berkenaan dan sudah tentulah pihak guru boleh mengambil kesempatan daripada keadaan ini untuk menghasilkan sebuah strategi pendidikan terkini,” katanya.

Nyalau menerusi majlis merarau berkenaan telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar bernilai RM5,000 kepada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Engkilili N0.2.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong anak Ngipa, para guru dan ketua kaum dari sekitar kawasan ini.

Tamat...

No comments:

Post a Comment